Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
jurutera pakar tempatan nanta
Kredit: Bernama
Dakwaan Jurutera Pakar Tempatan Tidak Diiktiraf Tidak Berasas - Nanta

BERNAMA

Dakwaan Jurutera Pakar Tempatan Tidak Diiktiraf Tidak Berasas - Nanta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Dakwaan bahawa jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf sebagai profesional kerana kononnya ketiadaan modul kepakaran tersusun atau agensi pengiktirafan khusus, sehingga menjejaskan kerjaya adalah tidak tepat dan tidak berasas.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata Lembaga Jurutera Malaysia (LJM) yang ditubuhkan di bawah Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138) bertanggungjawab mengawal selia, mendaftar dan mengiktiraf Jurutera Profesional.

"Laluan ke arah pengiktirafan ini adalah jelas, berstruktur dan telus melalui Peperiksaan Penilaian Profesional (PAE). Selain itu, LJM telah sekian lama melaksanakan penilaian berasaskan hasil yang meliputi 30 disiplin kejuruteraan.

"Oleh itu, jurutera profesional tempatan diiktiraf secara sah dan setara dengan piawaian global, termasuk bidang kejuruteraan baharu," katanya ketika merasmikan Perjumpaan LJM bersama Institusi dan Persatuan Kejuruteraan Malaysia 2026 dan pelancaran Pelan Strategik LJM 2026–2030 di sini hari ini.

Turut hadir Yang Dipertua LJM Datuk Seri Ir Roslan Ismail.

Nanta berkata setiap jurutera yang terlibat dalam pembangunan negara wajib berdaftar dengan LJM dan pendaftaran itu dijadikan syarat utama pengambilan kerja dalam bidang itu serta mandatori bagi setiap pengamal profesion kejuruteraan.

Sehubungan itu, beliau berkata majikan sama ada di sektor awam mahupun swasta wajib menjadikan pendaftaran dengan LJM sebagai syarat utama kepada individu yang ingin memohon pekerjaan dalam bidang kejuruteraan.

"LJM adalah satu-satunya badan berkanun yang mengiktiraf profesion kejuruteraan, termasuk jurutera pakar dan juga mengakreditasi program kejuruteraan di peringkat diploma dan ijazah bagi menjamin kualiti sejak awal.

"Semua langkah ini diwujudkan untuk melindungi keselamatan dan kepentingan rakyat, kerana jurutera adalah jentera utama pembangunan negara," katanya.

Beliau berkata LJM juga telah mendaftarkan lebih 290,000 pengamal kejuruteraan dalam pelbagai kategori sehingga kini namun masih terdapat pengamal profesion kejuruteraan yang dipercayai belum berdaftar.

Selain itu, Nanta berkata kerajaan sedang memperhalusi pindaan terhadap Akta Pendaftaran Jurutera 1967 (Akta 138) bagi memperkukuh penguatkuasaan LJM.

"Pindaan ini adalah untuk memperkukuh kuasa kawal selia LJM demi memastikan pematuhan bagi melindungi kepentingan awam. Saya berharap pindaan penting ini dapat diluluskan dalam masa terdekat," katanya.

Mengenai pelancaran Pelan Strategik LJM 2026–2030, Nanta berkata ia menetapkan hala tuju kejuruteraan negara melalui empat teras utama iaitu bakat, tadbir urus, pengiktirafan dan inovasi selaras dengan Pelan Strategik Organisasi KKR 2026–2030 untuk meningkatkan keupayaan dan daya saing industri melalui pembangunan modal insan.

Sumber:BERNAMA