Terkini

Bisnes
Spritzer Raih Pengiktirafan Berganda Melalui Putra Brand Awards 2025 & Superior Taste Award 2025
Pendidikan
Adibah Omar Bawa Agenda Kerjasama Pembacaan ASEAN ke Pesta Buku Antarabangsa Taipei 2026
Fesyen
Skechers x Demon Slayer Kembali Dengan Koleksi Lebih Ikonik
Fesyen
ICE-WATCH Malaysia Lancar Koleksi Jam Tangan Terbaharu 2026
Selera
Buffet Berbuka Puasa Tropicana Kembali Dengan Lebih 200 Hidangan Istimewa & Semangat Berkongsi
Gaya hidup
Seram, Ular Sawa Kekenyangan Telan Kucing Berjaya Ditangkap
Berita
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman Dibuka Mulai Hari Ini
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa 5 Negeri Hingga Malam Ini
Kesihatan
Kajian Dedah Fikiran Negatif Tingkatkan Risiko Demensia
Luar Negara
Dilapor Hilang, Anak "Rapper" Terkenal Ditemui Maut Dalam Kolam Berdekatan Rumah
Berita
Sidang Media GARAH: Ketua Polis Kuala Lumpur Pandang Serius Isu-isu Sensitif Berkaitan 3R
Berita
Wanita Diserang Strok Setelah Lakukan Regangan Leher
Berita
SARA RM100 “One-Off” Disalurkan Mulai Esok
Berita
Rembayung Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, Pihak Kontraktor Jelaskan Punca
Luar Negara
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold Meninggal Dunia Pada Usia 47 Tahun
Berita
Peniaga Bazar Diingat Ambil Suntikan Tifoid, Jaga Kebersihan
Berita
Along Eyzendy Meninggal Dunia
Berita
NASA Benarkan Angkasawan Bawa Telefon Pintar Ke Angkasa
Sukan
Pelancaran MotoGP 2026 Di KL Meriah, Pelumba Pamer Jentera Baharu
Selera
5 Resipi Ayam Mudah & Sedap, Sesuai Untuk Berbuka Puasa
Berita
Restoran Dimasuki Air Hujan Akibat Kebocoran, KA Mohon Maaf
Sukan
Ultras Selangor Dilarang Masuk Stadium Bagi Tiga Perlawanan
Berita
Modi Hargai Sambutan Mesra Oleh PM Anwar
Berita
Tindakan Maksimum Terhadap Pihak Gugat Keselamatan Negara - PM Anwar
Berita
Ribut Petir, Hujan Lebat Di 8 Negeri & 2 Wilayah Malam Ini
Berita
PM India Tiba Di Malaysia Untuk Lawatan Rasmi Dua Hari
Gaya hidup
Minta Edit Gambar Macam Dato'-Dato', Hasilnya Buat Ramai Tak Kering Gusi
Berita
Tiga Kluster Tibi Di Kelantan Babit Sembilan Kes
Berita
Syarat Minimum UKKM Kekal 60 Peratus, Pastikan Pelajar Mampu Ikuti Tahap Pembelajaran
Berita
Tujuh Negeri Diramal Hujan Lebat Petang Ini
cara hapuskan telur kutu beras
Gambar hiasan. Kredit: Gambar AI via ImageFX
Cara Mudah Hapuskan Telur Kutu Beras Di Dapur

Azizah Najib

Masalah kutu beras sering berlaku tanpa disedari dan boleh menjejaskan kualiti makanan di rumah. Apa yang lebih membimbangkan, telur kutu beras sangat kecil dan sukar dilihat dengan mata kasar.

Walaupun beras kelihatan bersih, telur ini boleh menetas dan menyebabkan serangan berlaku semula. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara paling berkesan untuk hapuskan telur kutu beras serta langkah pencegahan yang betul.

Cara hapuskan telur kutu beras dengan mudah

Salah satu cara paling mudah dan berkesan untuk hapuskan telur kutu beras ialah dengan menyimpan beras di dalam peti sejuk beku. Suhu sejuk membantu membunuh telur dan larva yang mungkin tersembunyi di dalam beras.

Kaedah ini disarankan terutama bagi beras yang baharu dibeli atau jika rumah pernah mengalami masalah kutu beras sebelum ini. Beras perlu dibekukan selama beberapa hari sebelum digunakan atau disimpan semula di dapur.

Cara kenal pasti beras yang telah 'diserang'

Bagi mengetahui sama ada beras anda telah 'diserang' kutu beras ialah memeriksa keadaan butiran beras. Perhatikan sama ada terdapat lubang kecil pada beras, atau beras kelihatan kosong di bahagian dalam.

Jika ya, kemungkinan larva kutu beras telah memakan butiran beras tersebut.

Selain itu, 'serangan' ini juga menghasilkan habuk halus atau serpihan beras di bahagian bawah bekas. Keadaan ini menandakan kutu beras sedang aktif memakan beras yang disimpan.

Cara mencegah kutu beras dari merebak

Pencegahan awal sangat penting bagi mengelakkan masalah berulang.

Pertamasekali, periksa beras, bijirin dan makanan kering sebelum disimpan. Jika terdapat tanda rosak atau serangga, buang makanan tersebut dengan segera.

Kedua, elakkan menyimpan beras dalam bungkusan nipis atau kotak kertas. Gunakan bekas kedap udara yang kukuh seperti kaca, logam atau plastik tebal.

Ketiga, pastikan kawasan simpanan sentiasa kering kerana kelembapan boleh menarik perosak.

Keempat, elakkan menyimpan beras terlalu lama dan beli mengikut keperluan sahaja. Cara ini juga dapat mengurangkan risiko pembaziran makanan serta menjimatkan wang.

Langkah-langkah menghapuskan kutu beras jika sudah berlaku 'serangan'

Langkahpertamaialah membuang semua beras yang telah 'diserang' kutu beras. Jangan cuba selamatkan makanan tersebut kerana telur boleh berada di dalam butir beras.

Langkahkedua, bersihkan rak dan ruang simpanan dengan teliti. Vakum sudut dan celah bagi membuang telur, larva serta serangga dewasa.

Sebagai pengetahuan, kutu beras boleh bersembunyi di rekahan kecil pada rak atau dinding dapur. Jika perlu, tutup semua lubang atau rekahan bagi menghalang kutu beras daripada mencari tempat persembunyian baharu.

Langkahketiga, simpan beras dalam peti sejuk di ruangan beku untuk menghapuskan telur atau larva, jika ada.

Akhirsekali, sekiranya 'serangan' berterusan, khidmat kawalan perosak profesional boleh dipertimbangkan.