Siakap Keli
kasut crocs shrek
Kredit Crocs, Dreamwork

Crocs Umum Bakal Lancarkan Kasut “Limited Edition” Versi Shrek

Crocs Umum Bakal Lancarkan Kasut “Limited Edition” Versi Shrek

Syarikat pengeluar kasut getah terkenal Crocs dilaporkan bakal mengeluarkan produk terbaru mereka dengan kerjasama Shrek, lapor LadBible.

Syarikat itu dikatakan akan mengeluarkan kasut edisi terhad versi Shrek dengan warna hijau seperti raksasa kegemaran ramai itu.

Rekaan kasut itu juga bakal mempunyai jibbitz khas telinga hijau dan hidung yang melengkapkan lagi rekaan asal raksasa itu.

Kredit Crocs

Pengumuman produk terbaru itu telah membuatkan orang ramai tidak sabar untuk membelinya.

“Ini sesuai untuk musim panas saya. Di manakah saya boleh mendapatkannya?” tanya seorang peminat yang tertarik untuk membeli kasut tersebut.

“Kami pasti akan membelinya,” tambah seorang peminat jenama kasut tersebut.

Bagaimanapun, tarikh keluaran produk itu masih tidak lagi dimumumkan oleh syarikat tersebut.

Mereka yang berminat harus menunggu dan peka dengan pengumuman tarikh keluaran produk tersebut pada masa hadapan.

Penggemar kasut Crocs dari Kanada ini miliki 159 pasang koleksi jenama tersebut

Dalam pada itu, bagi penggemar kasut Crocs dari Kanada ini, koleksi terbaru itu pasti akan menjadi buruannya menjelang tarikh pembelian diumumkan kelak.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Rayann menerusi hantaran TikTok miliknya telah berkongsikan koleksi Crocs yang dimilikinya.

Menurut Daily Mail, Rayann dikatakan memiliki sebanyak 159 pasang Crocs dengan pelbagai warna dan rekaan.

Pada tahun 2022, dia telah membeli sebanyak 50 pasang dan mengumpul lebih daripada 700 biji jibbitz.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Koleksi Crocs miliknya kini sangat banyak sehingga dia tidak boleh memuatkannya dalam satu dinding untuk video TikToknya.

Sementara itu, Rayann mengakui bahawa terdapat beberapa pasang Crocs dalam koleksinya itu tidak pernah dipakai sama sekali.

Oleh itu, dia ingin mencabar dirinya untuk memakai kesemua koleksinya itu setiap hari.

@rayann_prophet

it will be 3 soon @Crocs #crocs #shoes #collection #croccollection #crocqueen #wall #trend #intheclub #twin #trending #trendingsound #fyp

♬ Wassup Gwayy – FamousSally & YB

Dua kegunaan utama lubang pada sisi kasut

Pada awalnya, kasut Converse dikenali sebagai kasut bagi sukan bola keranjang. Jadi lubang tambahan tersebut sebenarnya berfungsi untuk pengudaraan yang membolehkan kaki pemain bernafas.

Seperti yang diketahui oleh ramai pemakai kasut itu, jika anda banyak berjalan, maka kaki anda boleh menjadi panas dan berpeluh.

Lubang itu boleh membantu mengedarkan udara semasa anda bergerak dan mengelakkan kaki anda daripada terlalu panas dan berbau.

Sehubungan dengan itu, lubang pengudaraan tersebut didakwa dapat membantu dan menghalang kaki anda daripada berpeluh semasa berjalan atau melakukan aktiviti lasak.

Sumber: LadBible, TikTok/@rayan_prophet

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka