Siakap Keli
lebuhraya garisan berkembar terus tidak bersambung
Kredit: TikTok

Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Elak Kemalangan, Ketahui Fungsi Garisan Di Lebuhraya & Cara Tukar Lorong Dengan Betul

Tahukah anda bahawa sebenarnya pemandu kenderaan tidak boleh menukar laluan sewenang-wenangnya apabila memasuki lorong di lebuhraya?

Perbuatan yang lebih sinonim dipanggil ‘pancung’ ini sangat berbahaya kepada pengguna-pengguna lain.

Lebih-lebih lagi jika anda masih berada dalam lorong pecutan (accelerating lane) yang menggunakan garisan berkembar yang mengandungi kedua-dua garisan terus dan tidak bersambung.

Menurut JPJ, hanya kenderaan di sebelah garisan terputus-putus dibenarkan untuk memotong. Dalam konteks lebuhraya pula, hanya kenderaan-kenderaan yang sudah berada di dalam lebuhraya sahaja dibenarkan untuk berbuat demikian.

Berbeza pula dengan kenderaan-kenderaan yang berada di sebelah garisan terus, pemandu sama sekali tidak dibenarkan merentasi garisan tersebut.

lebuhraya garisan berkembar terus tidak bersambung
Kredit: Facebook JKR Kota Setar

Kebiasaannya, kebanyakan kereta yang ingin memasuki lebuhraya akan memasuki lorong kanan secara tergesa-gesa dan sekali gus melanggar garisan terus ini.

Tindakan ini sangat membahayakan kerana ini dapat memberi ancaman kepada pemandu-pamandu lain, yang mana sudah memandu mengikut kelajuan yang disarankan di lebuhraya.

Selain memberikan risiko kemalangan, perbuatan ini juga menyebabkan kesesakan trafik. Hal ini kerana, kebanyakan kenderaan terpaksa memandu pada kelajuan yang perlahan disebabkan kenderaan yang memasuki lebuhraya secara tiba-tiba ini biasanya dipandu pada kejaluan yang perlahan.

Tinggalkan amalan ‘pancung’, ini cara untuk memasuki lebuhraya yang meggunakan garisan berkembar terus dan tidak bersambung

Oleh itu, seorang penggiat kandungan di TikTok, Driving4Dummies (@driving4dummies) menunjukkan cara yang tepat untuk memasuki lebuhraya yang meggunakan garisan berkembar terus dan tidak bersambung.

Ketika ingin memasuki lebuhraya, pastikan anda bersedia untuk menekan pedal minyak sedikit bagi memadankan kelajuan kenderaan anda dengan kelajuan di lebuhraya.

Kredit: TikTok

Apabila berada di dalam lorong pecutan, jangan tergesa-gesa untuk menukar laluan secara serta merta. Perhatikan jenis garisan pada bahagian kanan anda.

Jika garisan masih bersambung, pemandu tidak boleh menukar lorong dan gunakan saat ini memadankan kelajuan kenderaan dengan kelajuan yang disarankan di lebuhraya.

Jangan Main 'Pancung' Masa Masuk Lebuhraya, Kenali Fungsi Garisan Berkembar Terus & Tidak Bersambung
Kredit: TikTok

Kekal berada pada lorong kiri sehingga anda mendapati garisan terus bertukar menjadi garisan tidak bersambung. Ketika itu, barulah anda boleh menukar lorong sama ada, lorong tengah ataupun lorong kanan.

Jangan Main 'Pancung' Masa Masuk Lebuhraya, Kenali Fungsi Garisan Berkembar Terus & Tidak Bersambung
Kredit: TikTok

Barulah pengguna jalan raya boleh menukar lorong ke lorong pilihan masing-masing dengan kelajuan yang disarankan di lebuhraya terbabit.

Dengan ini, kita dapat mengelakkan diri daripada dilanggar lori, terperangkap dalam trafik sesak dan lain-lain lagi.

BACA: Jadi Kegilaan Ramai, Menu Ais Panggang Bersalut Kuah & Rempah ‘Laku Keras’ Di China

Sumber:@driving4dummies via TikTok

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma