Siakap Keli
mizz nina pertemuan suami
Kredit: officialmizznina/Instagram

“Kami Cuma Bercakap Ringkas” Mizz Nina Kongsi Kisah Pertemuan Pertama Dengan Suami

“Kami Cuma Bercakap Ringkas” Mizz Nina Kongsi Kisah Pertemuan Pertama Dengan Suami

Baru-baru ini, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina berkongsi kepada umum berkenaan detik-detik awal perkenalan dirinya mengenali suami, Essam Muhammad.

Lapor Gempak, Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman berkata pertemuan pertama antara suaminya terjadi semasa beliau berada di sebuah festival pada tahun 2015.

Jelasnya, Essam yang mula menegurnya dan mereka kemudiannya berbual secara ringkas.

“Kali pertama kami bersua adalah di sebuah festival pada 2015. Saya ingat lagi dia datang kepada saya selepas saya membaca puisi di atas pentas.

“Dia sapa ‘Assalamualaikum, saya Essam dari Seattle. Saya suka apa yang awak sebutkan atas pentas tadi,’ dan saya balas dengan ucapan terima kasih.

“Kami cuma bercakap ringkas, itu sahaja,” katanya.

Difahamkan, perkongsian mengenai perkara itu dibuat oleh penyanyi tersebut, di mana suaminya turut berada disampingnya semasa majlis resepsi berlangsung di Ampang pada Ahad.

Essam yang juga penyanyi rap dari Amerika Syarikat menyifatkan perkawinan mereka adalah sesuatu yang indah dan turut menzahirkan rasa syukur terhadap perkara itu.

“Perkara terindah sekali adalah lapan tahun kemudian iaitu tahun 2023 sebaik kami mendirikan rumah tangga, Alhamdulilah,” ujarnya.

BACA: Terpancar Kebahagiaan Di Wajah Mizz Nina, Kongsi Detik Indah Bulan Madu Di Empat Negara

Majlis resepsi itu telah dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

Ketika majlis, penyanyi berusia 43 tahun itu dilihat mengenakan busana berwarna putih, hasil rekaan pereka fesyen tempatan Ezzati Amira.

Sebelum ini, Mizz Nina mengumumkan telah selamat bernikah bersama Essam dalam satu majlis pernikahan tertutup.

Beliau berkongsi berita gembira itu di Instagram peribadi miliknya beberapa bulan lalu.

Dalam pada itu, mereka turut merehatkan diri daripada kesibukan kerja dan telah berbulan madu di Greece yang terletak di tenggara Eropah.

Pasangan tersebut mengenakan pakaian serba biru dengan berlatarkan batu bata di kawasan Santorini, yang mempunyai pemandangan antara yang tercantik di dunia.

Beliau turut mengambil peluang memaparkan bangunan yang ada di Santorini dengan campuran langit yang membuatkan kawasan itu menyerlah.

Sumber: Gempak

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana