Siakap Keli

Messi Ketuai 30 Calon Anugerah Ballon d’Or, Nama Ronaldo Tercicir

Messi Ketuai 30 Calon Anugerah Ballon d’Or, Nama Ronaldo Tercicir

Awal pagi semalam, Anugerah Pemain Terbaik Dunia paling berprestij yang dikenali sebagai Ballon d’Or mengumumkan 30 calon akhir bagi musim 2022/23. Antara nama-nama yang tersenarai ialah Lionel Messi, Erling Haaland, Mohamed Salah dan Harry Kane.

Namun, mendukacitakan buat peminat seorang lagi Greatest Of All Time, Cristiano Ronaldo yang tidak dicalonkan untuk edisi kali ini. Cristiano Ronaldo mula dicalonkan sejak usia 19 tahun dan kali terakhir beliau dicalonkan adalah pada edisi lepas.

Pemenang 5 kali anugerah Ballon d’Or itu menghabiskan musim 2022/23 bersama pasukan Manchester United. hanya membuat 10 penampilan dan menjaringkan satu gol di pentas Liga Perdana Inggeris sebelum berhijrah ke Al-Nassr pada perpindahan bulan Januari.

30 calon ballon d'or

Haaland Calon Pemenang

Antara nama-yang disebut bakal memenangi anugerah edisi kali ini adalah Erling Haaland. Haaland telah melalui musim pertama bersama Manchester City dengan penuh gemilang apabila berjaya mencetak nama sebagai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris sebanyak 35 gol.

Haaland juga berjaya membantu City memenangi gelaran Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan yang paling ditunggu City menjadi juara UEFA Champions League buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka.

AFP

Dari segi pencapaian peribadi dan kelab, Haaland selayaknya menjadi pemenang kali ini. Namun, itu semua bergantung kepada keputusan juri-juri professional membuat penilaian dan keputusan yang akan diumumkan pada 30 Oktober 2023 di kota Paris.

Anugerah Ballon d’Or mula diperkenalkan pada tahun 1956 oleh sebuah majalah bola sepak di Perancis. Pemenang pertama anugerah ini pada tahun tersebut adalah pemain dari kelab Blackpool, Stanley Matthews dengan mengumpul 47 mata.

Anugerah ini pernah berkolaborasi bersama badan induk bolasepak dunia, FIFA. Ia dinamakan sebagai FIFA Ballon d’Or bermula tahun 2010 hingga 2015. Kerjasama itu berakhir pada tahun 2016 dan kembali bergerak sebagai Ballon d’Or dan FIFA menjenamakan semula anugerah mereka sebagai The Best FIFA Men’s Player.

FIFA

Lionel Messi menjadi pemain paling banyak memenangi anugerah ini sebanyak tujuh kali. Diikuti seteru utama beliau, Cristiano Ronaldo dan pemain lagenda Michel Platini.

AFP

Sumber: Ballon d’Or

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)