Tular, Lelaki Sempat Selamatkan PS5 Ketika Gempa Bumi Kuat Landa Maghribi
Seorang lelaki dipercayai sempat menyelamatkan konsol permainan, Playstation 5 (PS5) selepas gegaran gempa bumi dengan kekuatan 6.8 Magnitud melanda Maghribi kira-kira jam 11.11 malam tadi.
Menerusi satu hantaran di laman X menerusi akaun pengguna Oussama Larh (@Oussazeus), pengguna terbabit telah memuat naik gambar yang menunjukkan keadaan persekitarannya selepas bencana tersebut berlaku.
Dalam foto tersebut, beberapa penduduk didapati berkumpul di jalanan dengan memakai pakaian tidur dan kelihatan terpinga-pinga selepas apa yang berlaku.
Penduduk-penduduk tersebut dipercayai meninggalkan kediaman masing-masing selepas merasai gegaran gempa bumi.
Menariknya, salah seorang mangsa gempa dalam foto kiriman Oussama kelihatan memegang konsol permainan PS5 ketika berada di luar bangunan.
“Lelaki ini telah meninggalkan rumahnya sambil membawa Playstation 5 selepas gempa bumi kuat melanda Maghribi.” tulis Oussama.
Menerusi gambar itu juga, lelaki tersebut telah meninggalkan kediamannya dengan hanya mengenakan sepasang seluar pendek sahaja. Dia juga dilihat memegang erat konsol permainan tersebut bersamanya.
Perkongsian itu telah menjadi tular di media sosial apabila ciapan tersebut meraih kira-kira 4,208 repost dan 12.2k likes.
This guy left the house with his Playstation 5 after a strong earthquake hit Morocco #earthquake#Morocco #زلزال #المغرب pic.twitter.com/9BXI8uJiZG
— Oussama Larh (@Oussazeus) September 8, 2023
Untuk makluman, Playstation 5 merupakan satu konsol permainan yang dibangunkan Sony Interactive Entertainment.
Konsol permainan ini mula dijual secara rasmi di kebanyakan wilayah pada 12 November 2020. Menurut laman web rasmi Sony, satu unit PS5 di Maghribi mula dijual dengan tanda harga, 8,990.000 MAD (RM4137.97).
300 mangsa dilaporkan maut dalam insiden gempa bumi di Maghribi
Berdasarkan laporan media tempatan, sekurang-kurangnya 296 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang melanda Maghribi pada malam Jumaat.
Menerusi laporan Xinhua, lebih 20 kematian dilaporkan di bandar pelancongan Marrakesh, yang terletak 320 km selatan di ibu kota Rabat.
Manakala, empat kematian telah dilaporkan di wilayah Ouarzazat dan angka korban dijangkakan meningkat dari semasa ke semasa.
Gempa bumi berukuran 6.8 Magnitud itu telah melanda Maghribi pada 11.11 malam waktu tempatan (6.11 pagi waktu Malaysia).
Pusat gempa terletak sedalam 18.5 km, kira-kira 70 km barat daya Marrakesh. Gegaran daripada bencana tersebut telah dirasai di kebanyakkan bandar di seluruh Maghribi, termasuk ibu kota, Rabat dan bandar perlabuhan terkenal, Casablanca.
BACA: Cara Fresh Grad Nak Buat Resume Mantap Abad Ke-20
Sumber: @Oussazeus via X