Siakap Keli
mat saleh makanan malaysia
Kredit: @lilithinkl/TikTok

‘Saya Tidak Henti Banding Makanan’ Minah Saleh Akui Makanan Di Malaysia Lebih Sedap

‘Saya Tidak Henti Banding Makanan’ Minah Saleh Akui Makanan Di Malaysia Lebih Sedap

Pernah tak dengar kisah orang ramai yang melancong ke luar negara tak sabar nak balik Malaysia sebab rindu nak makan masakan di negara sendiri?

Sepatutnya kalau melancong ke negara luar, kita perlu merasai makanan tradisi mereka kerana ini masanya untuk mempelajari sejarah negara itu susulan dapat melawat tempat-tempat tersebut.

Bagaimanapun, sekiranya deria rasa masih terikat dengan masakan Malaysia, perkara itu tidak menjadi masalah kerana rata-rata hidangan yang disediakan semuanya memenuhi cita rasa.

Minah saleh tak boleh lupa keenakan makanan Malaysia

Seperti yang berlaku kepada seorang ‘minah saleh’ @lilithinkl, yang mengatakan makanan di Malaysia meninggalkan kesan yang mendalam dalam hidupnya kerana asyik membandingkannya dengan makanan di negara luar.

Menerusi video berdurasi satu minit itu, minah saleh dikenali Lilith itu berkata walaupun berada di negara Bahamas, dirinya tidak berhenti mengatakan makanan di Malaysia lebih sedap.

Kredit: @lilithinkl/TikTok

“Malaysia, kita berdua ada masalah kerana anda telah ‘merosakkan’ mulut saya khususnya deria rasa saya.

“Sekarang saya berada di Bahamas, dan secara literal saya tidak boleh berhenti membandingkan makanan.

“Bukan hanya di Bahamas hampir di mana-mana sahaja saya pergi, seperti mungkin Thailand sebagai contoh,” katanya dalam video tersebut.

BACA: Mat Saleh Puji Menu Rahmah, Cadang PM UK Contohi Malaysia

“Perlu ke saya pindah ke Malaysia…”

Ujarnya, dia mula membandingkan semua makanan yang dirasai kepada Malaysia dan perkara itu membuatkan Lilith berasal kesal untuk keluar dari negara itu.

Katanya, selepas merasai makanan tersebut dirinya tidak henti-henti akan mengatakan makanan di Malaysia jauh lebih baik rasanya.

Lilith yang tidak dapat melupakan keenakan hidangan di negara kita merasakan Malaysia meninggalkan impak yang besar dalam hidupnya.

“Bagaimana saya perlu hidup dengan keadaan begini? Jika saya berpindah atas sebab apa pun, adakah saya akan berkata:

Saya harap saya berada di Malaysia, makanan semestinya lebih baik dan perut saya akan menjadi lebih gembira

Perkara itu kemudiannya membuatkan dia berfikir adakah dia hanya perlu berpindah ke negara yang terkenal dengan makanannya.

“Saya pernah menjadi seorang yang cerewet dalam makanan dan saya berjaya mengatasinya.

“(Pada ketika itu) saya akan mencuba pelbagai hidangan dan sekarang lihat apa yang anda telah lakukan kepada saya,” rintihnya.

@lilithinkl

When you move to Malaysia there’s no going back #malaysia #malaysianfoodie #malaysianfood

♬ original sound – Lilith

Sumber: @lilithinkl/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.