Siakap Keli
alat tapis minyak pisang goreng
Gambar: Instagram Bangkok Foodie

Kreatif, Ramai Kagum Tengok Alat Tapis Minyak Pisang Goreng Di Thailand Ini

Kreatif, Ramai Kagum Tengok Alat Tapis Minyak Pisang Goreng Di Thailand Ini

Sebut pasal pisang goreng, kerangupan makanan ini  tidak dapat dinafikan apatah lagi sambil hirup segelas air kopi atau teh panas, cukup ‘syahdu’ ketika petang khususnya pada waktu hujan.

Pisang goreng juga merupakan salah satu makanan yang terkenal dan sering disajikan oleh masyarakat kita.

Bukan sahaja popular, pisang goreng juga pernah dinobatkan sebagai ‘Manisan Bergoreng Terbaik Di Dunia’ enam bulan lalu di laman web Taste Atlas.

Seperti yang diketahui, pisang goreng merupakan makanan goreng yang berasaskan buah pisang yang masih belum ranum sepenuhnya.

Buah ini akan dikupas dan dipotong untuk disalut bersama tepung sebelum dimasukkan ke dalam minyak panas.

Dalam negara, terdapat banyak gerai kecil yang bertapak di bahu jalan dan menjual pisang goreng. Kreatifnya, makanan bergoreng ini juga disajikan dalam pelbagai resepi baharu seperti pisang goreng cheese, pisang goreng coklat dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, sebut sahaja makanan bergoreng, tentunya ia mengandungi banyak minyak. Sekiranya anda membeli pisang goreng, tentunya anda menyedari lebihan minyak pada plastik makanan tersebut.

BACA JUGA: Roti Canai “Street Food” Kedua Paling Sedap Di Dunia

Oleh itu, rata-rata peniaga menggunakan tisu sebagai wadah untuk menyerap minyak pisang yang baru lepas digoreng.

Berbeza di daerah Bang Kruai, Nonthaburi, Thailand, para peniaga di sana mempunyai alternatif tersendiri bagi menangani masalah ini.

Siap “Spin” Pakai Mesin, Ini Alat Tapis Minyak Pisang Goreng

Menerusi video yang dimuat naik oleh Bangkok Foodie di laman Instagram membongkarkan cara peniaga di negara jiran itu memproses pisang goreng sebelum dijual kepada pelanggan.

Gambar: Instagram Bangkok Foodie

Seperti biasa, pisang akan dikupas kulit sebelum ia dipotong, disalut tepung dan digoreng ke dalam minyak panas.

Menariknya, selepas selesai digoreng, pisang goreng yang telah siap akan diangkat dan dimasukkan ke dalam sebuah mesin yang direka khas.

Gambar: Instagram Bangkok Foodie

Kemudian, ia akan berputar seperti spinner mesin basuh. Pada bahagian bawah mesin itu terdapat satu saluran yang mengeluarkan minyak pada pisang goreng tadi.

alat tapis minyak pisang goreng
Gambar: Instagram Bangkok Foodie

Selepas itu, barulah makanan tersebut dijual kepada pelanggan. Secara tidak langsung, pisang goreng yang dijual tidak mempunyai minyak yang meresap padanya.

Menerusi video itu juga, kedai pisang goreng itu juga telah mendapat anugerah Michelin 2023.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Bangkok Foodie (@bangkok.foodie)

Sumber: Instagram Bangkok Foodie

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?