Siakap Keli
mat saleh menu rahmah
Gambar: Tangkap layar video

Mat Saleh Puji Menu Rahmah, Cadang PM UK Contohi Malaysia

Mat Saleh Puji Menu Rahmah, Cadang PM UK Contohi Malaysia

Inisiatif Menu Rahmah yang diperkenalkan oleh kerajaan baru-baru ini tanpa sedar banyak membantu ramai pihak yang memerlukan khususnya dalam golongan B40.

Sejak ia mula dilancarkan, banyak restoran dan kedai makan di negara ini mula menawarkan set lengkap makanan yang berharga RM4.90.

Difahamkan, kerajaan tidak menetapkan menu yang perlu ada dalam Menu Rahmah, tetapi mestilah dijual dengan harga bawah RM5.00.

Susulan itu, set makanan yang disediakan adalah bergantung kepada peniaga sepenuhnya. Ada yang membuat set makanan tengahari iaitu pilihan lauk dan sayuran.

Namun, semuanya bergantung kepada kreativiti peniaga, bagaimana mereka mencorakkan Menu Rahmah di pasaran.

BACA: Lelaki Ramal Gempa Bumi Kuat Bakal Landa Turkiye 3 Hari Sebelum Tragedi Benar-benar Berlaku

Mat saleh suka Menu Rahmah

Dalam pada itu, Menu Rahmah turut mendapat perhatian warga asing yang melancong di negara ini.

Seperti pengguna Tiktok ‘Mat Saleh’ @veggiesontour, dia berasakan inisiatif yang diperkenalkan kerajaan itu amat membantu rakyat di negara ini.

@veggiesontour berkongsi kepada orang ramai mengenai kebaikan Menu Rahmah, malah turut memuji tindakan kerajaan dalam mengendali inflasi.

Ujarnya, Malaysia wajar dicontohi oleh negara lain terutamanya United Kingdom (UK) iaitu tanah airnya sendiri.

“Malaysia membuat satu inisiatif yang sangat hebat, iaitu memperkenalkan Menu Rahmah yang merupakan set hidangan makanan berharga RM5.00.

“Inisiatif yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini sangat hebat kerana ia membantu rakyat,” kata Mat Saleh itu.

Lelaki yang kini berada di Skudai, Johor itu berkata harga ditawarkan juga berpatutan dan mengakui banyak tempat sudah memperkenalkan Menu Rahmah.

Selain itu, menu itu juga dikatakan sebagai mesra vegetarian kerana mempunyai sayur-sayuran serta nasi.

“Kami berborak dengan beberapa pemandu teksi, mereka bertanya adakah saya sudah mendapatkan Menu Rahmah?

“Bagi saya ia adalah satu perkara terbaik yang pernah dilaksanakan, dan orang ramai juga boleh menikmatinya dengan baik,” katanya.

Mat Saleh puji manfaat Menu Rahmah, harap PM UK contohi Malaysia

Selain itu, Mat Saleh itu turut berkata dia menjumpai satu tempat di Skudai yang menawarkan harga RM5 untuk sepinggan makanan.

“Nasi penuh sepinggan, pilihan juga berbeza dan boleh dipilih mengikut cita rasa.

“Ia berpatutan dan makanan sangat sedap,” tambah Mat saleh itu.

Oleh yang demikian, dia turut berharap bahawa perdana menteri negaranya, Rishi Sunak mampu mencontohi Malaysia dalam meringankan beban rakyat seperti inisiatif Menu Rahmah.

Warganet terharu warga asing hargai Menu Rahmah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakyat Malaysia berbangga warga asing berkenaan menghargai inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan itu.

Mereka turut menghargai Mat Saleh tersebut kerana membuat video mengenai insiatif itu dan berkongsi kepada orang ramai.

Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
Kredit: Tiktok
@veggiesontour

Menu Rahmah – have you tried it yet? 🇲🇾 #malaysia #makananviral #kualalumpur #anwaribrahim #malaysiatiktok #malaysiantiktok #johorbahru

♬ original sound – VeggiesOnTour

Sumber: @veggiesontour via Tiktok

BACA: Peniaga Ulas Menu Rahmah: “Bila Fikir Side Negatif, Memang Kita Akan Marah…”

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana