Siakap Keli
peniaga ulas menu rahmah
Gambar: Tangkap layar video viral

Peniaga Ulas Menu Rahmah: “Bila Fikir Side Negatif, Memang Kita Akan Marah…”

Peniaga Ulas Menu Rahmah: “Bila Fikir Side Negatif, Memang Kita Akan Marah…”

Inisiatif Menu Rahmah yang dilancarkan oleh kerajaan baru-baru ini mengundang pelbagai pendapat daripada orang ramai khususnya dalam golongan peniaga.

Menu Rahmah yang menawarkan makanan pada harga serendah RM4.90 bagi membantu golongan yang memerlukan terutamanya B40.

Peniaga ulas Menu Rahmah

Seorang peniaga dikenali Abang Chik (@abgchik66) memberikan pendapatnya mengenai inisiatif itu memandangkan dia juga seorang pemilik kedai makan.

Satu perkongsian video mengenai ulasan Menu Rahmah telah dimuat naik di laman TikTok dan Abang Chik juga mengambil peluang berkongsi menu yang dihidangkan di kedainya.

Abang Chik menerangkan bahawa dia mengambil serius mengenai inisiatif itu dan memikirkannya secara masak-masak sebelum melaksanakannya.

Katanya, inisiatif sedemikian perlu dipandang daripada sudut positif, memandangkan ia adalah usaha untuk membantu mereka yang memerlukan.

“Bila kita fikir dari sudut negatif memang kita akan marah. Bila kita fikir sudut positif, Alhamdulillah.

“Kerajaan tidak tetap pun apa yang perlu diletakkan dalam Menu Rahmah, contohnya mesti ada ikan, sayur dan lain-lain,” katanya.

Lelaki itu berkata kerajaan sebaliknya hanya menetapkan bahawa peniaga yang menjual Menu Rahmah mesti meletakkan harga RM5 ke bawah.

Tambahnya, para peniaga juga boleh mencipta menu sendiri menggunakan kos yang mereka ada.

“Cuma kerajaan lancarkan kempen Menu Rahmah ini mesti berharga RM5 ke bawah.

“Jadi kamu semua cipta menu sendiri. Cipta menggunakan kos yang sedia ada.

“Macam saya, saya buat nasi ayam kicap dan nasi kari ayam. Kita buat apa yang kita mampu,” ujar Abang Chik lagi.

BACA: Inisiatif Menu Rahmah Tarik Minat Sektor Lain

Menu Rahmah beri untung kepada peniaga

Ujarnya, setelah difikirkan secara mendalam, beliau percaya sebenarnya menu itu mampu dibuat dan memberi keuntungan kepada peniaga.

“Apabila kerajaan lancar Menu Rahmah dengan harga RM5, saya mula fikir.

“Tetapi setelah difikir-fikir, dibuat kira-kira, sebenarnya masih mampu nak buat,” katanya.

Lelaki terbabit berkata dia berasa seronok melihat pelanggan datang membawa keluarga besar untuk makan di kedainya.

“Semalam saya dah mula lancarkan Menu Rahmah di kedai.

“Alhamdulillah saya rasa seronok bila tengok ada keluarga yang datang, bawa anak lima orang order Menu Rahmah.

“Bukan semua orang mampu nak datang makan dekat kedai kita,” tambahnya.

Pemilik kedai makanan itu juga berkata pelaksanaan Menu Rahmah di kedainya itu turut memberi keuntungan kepadanya, biarpun angkanya tidak sebesar mana.

“Bila saya mula kira-kira ada untung lagi, RM1.50 atau RM2. Ada untung.

“Kita buat, apa yang kita boleh (mampu) buat,” selorohnya.

Video penuh ulasan Abang Chik mengenai Menu Rahmah seperti yang ditulis boleh ditonton di bawah.

@abgchik66

Menu Rahmah Apa pendapat Kauorg 😩 #menurahmah #abangburger🇲🇾 #burgerman🍔🍟

♬ original sound – 𝘼𝘽𝘼𝙉𝙂 𝘾𝙃𝙄𝙆 🎭 – 𝘼𝘽𝘼𝙉𝙂 𝘾𝙃𝙄𝙆 🎭

Sumber: @abgchik66 via Tiktok

BACA: “Nak Makan Mana?” 5 Benda Kecil Boleh Punca Bergaduh, No 4 Tu Paling Tak Berbaloi Tapi Ramai Boleh ‘Relate’

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana