Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila pergi bercuti ke sesuatu tempat, biasanya kita akan bawa pulang gambar, video dan kenangan manis.
Tapi kadang-kadang, ada sesebuah negara yang meninggalkan kesan lebih daripada itu.
Sampai satu tahap, kita dah balik ke negara sendiri pun masih teringat-ingat suasana, makanan dan cara hidup di tempat tersebut.
Itulah yang berlaku kepada seorang pelancong Amerika Syarikat yang cukup dikenali ramai rakyat Malaysia, Terry Pernell atau lebih mesra dipanggil "Mr. T".
Sebelum ini, Mr. T pernah tular kerana menghasilkan lagu khas untuk Malaysia sebagai tanda penghargaan sebelum pulang ke Amerika.
Dia juga pernah mencuri perhatian ramai apabila berkongsi video "unboxing" beg penuh dengan goodies dari Malaysia yang dibawanya pulang.
Terbaru, dia sekali lagi membuatkan ramai tersenyum apabila berkongsi satu video lucu tentang bagaimana Malaysia masih 'menghantuinya' setiap kali kembali ke negara ini.
Menurut Mr. T, perkara pertama yang membuatkannya terkejut ialah terlalu banyak pilihan makanan yang muncul sebaik sahaja membuka aplikasi penghantaran makanan.
Katanya, hampir semua jenis masakan boleh ditemui dalam satu aplikasi.
"Ada makanan Melayu, Barat, Cina, India, Itali, Amerika, piza, burger, hot dog, nasi lemak...."
Lebih melucukan, dia mengakui kadang-kadang dia menghabiskan lebih banyak masa memilih makanan berbanding menikmati makanan yang dipesan.
"Saya habiskan lebih banyak masa fikir nak makan apa daripada masa yang diambil untuk makan."
Dalam nada berseloroh, Mr. T berkata dia tidak pernah menyangka terlalu banyak pilihan juga boleh menyebabkan seseorang menjadi tertekan.
Malah, setiap kali datang ke Malaysia, perkara sama akan berulang.
"Malaysia ni 'stressful'. Susah nak buat pilihan sebab terlalu banyak pilihan."
Katanya, sebelum ini dia menyangka lebih banyak pilihan sentiasa lebih baik. Namun selepas berada di Malaysia, pandangannya berubah.
Menurut Mr. T, setiap kali membuka aplikasi penghantaran makanan, dia akan mula menatal satu demi satu restoran sehingga terlupa masa.
Kadang-kadang dia mengambil masa hampir sejam semata-mata mahu membuat keputusan.
"Buka aplikasi tu rasa macam main permainan video. Siapa yang duduk sejam semata-mata nak pilih makanan?"
Tambahnya, dia akan terus menatal sambil berfikir.
"Tak nak yang ni... nak yang itu pula... eh tengok restoran lain pula..." katanya, proses itu seolah-olah tidak pernah berakhir.
Menurut Mr. T, kebanyakan negara yang pernah dilawatinya lebih banyak menawarkan makanan tempatan sebagai pilihan utama.
Namun Malaysia berbeza.
Katanya, selain mempunyai pelbagai makanan tempatan, negara ini turut menawarkan hidangan dari hampir seluruh dunia.
Itulah yang membuatkan Malaysia begitu unik di matanya.
"Saya suka semua kepelbagaian makanan ini, tetapi dalam masa yang sama ia buat saya jadi keliru." katanya lagi.
Selepas terlalu lama membuat pilihan, Mr. T berkata dia akhirnya akan memilih apa sahaja makanan yang muncul di hadapan mata.
Ketika itu, katanya, rasa lapar sudah mengatasi segala-galanya.
"Saya dah tak kisah sedap ke tak. Yang penting saya lapar." ujarnya.
Malah selepas berjaya membuat pesanan, dia masih perlu menunggu lagi makanan dihantar.
Perkongsian tersebut sekali lagi mengundang senyuman rakyat Malaysia.
Bagi kita, terlalu banyak pilihan makanan mungkin sesuatu yang biasa.
Tetapi bagi pelancong seperti Mr. T, kepelbagaian itulah yang menjadikan Malaysia sebuah destinasi yang cukup sukar untuk dilupakan.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan