Siakap Keli
royalti minyak abdul hadi
Kredit: Awani via Bernama

Royalti Minyak: Tak Sempat Baca, ‘Kerengga’ Banyak Kacau Masa Kami Perintah – Abdul Hadi

Royalti Minyak: Tak Sempat Baca, ‘Kerengga’ Banyak Kacau Masa Kami Perintah – Abdul Hadi

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (Pas), Tan Sri Abdul Hadi Awang mengatakan perjanjian royalti minyak melibatkan negeri Terengganu tidak sempat dibaca susulan mempunyai perkara yang perlu diurus, lapor Awani.

Beliau turut mendakwa terdapat banyak ‘kerengga’ yang mengganggu semasa Perikatan Nasional (PN) memerintah negara hingga menyaksikan jawatan perdana menteri disandang oleh orang yang berlainan beberapa kali.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat pada Rabu selepas soalan berkaitan royalti minyak kepada Terengganu dibangkitkan Lee Chean Chung (PH – Petaling Jaya).

Difahamkan, soalan tersebut timbul selepas isu royalti minyak kepada Terengganu disentuh oleh Abdul Hadi, ketika membahaskan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Rabu.

“Tadi disebut bahawa perjanjian itu tidak dipegang. Saya ingin tanya dalam dua tahun Perikatan Nasional memerintah, kenapa perjanjian itu tidak dikemas kini?

“Kekal zalim kepada rakyat Terengganu, kenapa tiada royalti lima peratus kepada rakyat Terengganu pada waktu itu?” soal Chean Chung.

BACA: Terengganu Tiada Pembangkang, Abdul Hadi Jelas Rakyat Boleh Kritik Kerajaan

Pun begitu, ini respons yang diberikan oleh Abdul Hadi.

“Begini, sebenarnya kami ini banyak benda nak urus, macam-macam kena urus. Masa kami memerintah dulu, kerengga banyak sangat mengacau, nak jatuhkan kerajaan.

“Macam mana nak baca perjanjian (royalti minyak) ini. Kami terpaksalah pertahan kerajaan…terpaksa beberapa kali tukar perdana menteri.

“Belah kami banyak layak jadi perdana menteri, Larut (Datuk Seri Hamzah Zainudin) boleh, Pagoh (Tan Sri Muhyiddin Yassin) boleh, Arau (Datuk Seri Shahidan Kassim) boleh.

“Belah sana seorang saja yang boleh jadi perdana menteri. Belah sini banyak…kalau belah sana datang sini, boleh ada banyak calon perdana menteri,” katanya.

Sumber: Awani

BACA: Zahid Serah Kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Ambil Langkah Pencerahan Isu DNAA

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana