Siakap Keli
beruang cacing pita
Sumber: TikTok

Meremang, Beruang Dirakam Merayau & Heret Cacing Pita Panjang Keluar Dari Punggungnya

Meremang, Beruang Dirakam Merayau & Heret Cacing Pita Panjang Keluar Dari Punggungnya

Tular satu rakaman baru-baru ini yang menunjukkan seekor beruang berjalan sambil cacing pita kelihatan keluar daripada bahagian punggungnya.

Berdasarkan video yang tular itu, beruang berkenaan dilihat merayau-rayau di kawasan jalan yang turut dilalui beberapa buah kenderaan.

Beruang berkenaan ketika kejadian itu dirakam dipercayai sedang merayau-rayau bagi mendapatkan makanan. Ketika menghampiri sebuah kereta, kamera merakam satu objek seakan tali berjuntai daripada bahagian punggung  haiwan itu.

Menurut keterangan yang dimuat naik bersama video viral berkenaan, cacing pita dipercayai berukuran hampir 30 kaki panjang.

Walaupun keadaan itu kelihatan mengerikan, namun beruang dengan parasit tersebut adalah perkara biasa. Lebih-lebih lagi apabila mengambil kira diet haiwan itu yang hidup di alam liar.

Beruang merayau heret cacing pita

Semuanya bermula dalam satu kitaran. Seperti yang kita sedia maklum, beruang menjadikan ikan salmon sebagai salah satu diet permakanannya.

Parasit ini dilepaskan di alam liar dipercayai melalui najis hosnya seperti najis beruang. Telur-telur yang ada di dalam najis tersebut kemudian dibawa kembali kawasan air, misalnya melalui hujan.

Telur-telur cacing pita ini seterusnya dimakan oleh crustaceans (haiwan-haiwan bercengkerang seperti udang dan ketam).

Apabila ikan-ikan salmon mengembara merentasi sungai mencari tempat untuk bertelur, haiwan-haiwan kecil bercengkerang crustaceans adalah antara sumber makanannya.

Kemudian, ikan salmon ini ada yang berakhir sebagai makanan kepada beruang. Telur cacing pita ini berpindah-pindah dan berakhir di dalam usus beruang kembali, sekaligus menjadi hosnya.

Cacing pita yang menetas di dalam usus beruang akan melekat pada organ tersebut dan mendapatkan nutrisi daripada pemakanan haiwan berkenaan.

Manakala, dalam video yang tular itu, beruang berkenaan dipercayai menjadi hos kepada pelbagai parasit dalam satu masa.

Sejak menjadi tular, video berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Setakat ini, video yang dimuat naik oleh seorang jurugambar hidupan liar, Mark Bouldouklan itu sudah ditonton lebih 24 juta kali.

Rata-rata komen yang ditinggalkan warga maya mengakui menyesal selepas menonton video berkenaan. Kami kongsikan video tersebut dibawah.

@markian.b

A tapeworm living inside a bear can reach lengths of 30 feet or more. #bears #brownbears #alaska #wildife #tapeworms #bearsofalaska

♬ original sound – Mark Bouldoukian

BACA: Angka Kematian Akibat Banjir Dijangka Cecah 20,000 Di Derna, Libya

Sumber: TikTok Mark Bouldouklan, A-Z Animals

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma