Siakap Keli
banjir di libya
Gambar: AFP

Angka Korban Dijangka Terus Meningkat, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Banjir Di Libya

Angka Korban Dijangka Terus Meningkat, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Banjir Di Libya

Sejak tiga hari lalu, kita dikejutkan dengan tragedi banjir besar yang berlaku di Derna, timur laut Libya, lapor CNN.

Bencana itu mengakibatkan angka korban yang dilaporkan sekurang-kurangnya 5,300 orang dengan lebih 10,000 lagi dilaporkan masih hilang.

Sementara itu, Bernama menerusi agensi berita Jerman (dpa) menjangkakan angka kematian mencecah 20,000 korban di bandar berkenaan.

Menerusi imej satelit yang diambil mendedahkan keadaan terkini bandar Derna yang menjadi lokasi paling teruk terjejas selepas banjir itu melanda.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) kini sedang giat dilaksanakan oleh pasukan penyelamat bagi mencari mayat dan mangsa yang hilang.

Pertubuhan Antarabangsa bagi Migrasi (IOM) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Libya semalam berkata lebih 30,000 orang kehilangan tempat tinggal berikutan bencana itu.

Sebenarnya Apakah Punca Berlakunya Banjir di Derna, Libya?

Banjir libya punca
Gambar: AFP

Difahamkan, ribut kuat melanda Libya pada hujung minggu lalu hingga mendorong kepada banjir yang melanda di timur laut Libya itu. Keadaan diburukkan lagi dengan runtuhan dua empangan di bandar itu.

Bandar Derna yang memiliki kira-kira 100,000 penduduk dilaporkan terjejas teruk. Hal ini berikutan air mengalir ke arah bandar itu yang mengakibatkan pelbagai kemusnahan infrastruktur dan kemalangan jiwa, lapor pihak berkuasa.

BACA JUGA: Angka Kematian Akibat Banjir Dijangka Cecah 20,000 Di Derna, Libya

Sebelum ini, jabatan meteorologi telah mengeluarkan amaran tiga hari sebelum ribut itu melanda Libya. Bagaimanapun, faktor kesiapsiagaan yang kurang dalam menangani bencana mendorong perkara itu berlaku.

Jurucakap LNA di timur, Mejar Jeneral Ahmed Al-Mismari berkata, persediaan yang kurang dalam bencana tersebut perlu diakui oleh Libya.

Keadaan itu menyaksikan ruang penyimpanan mayat tidak dapat menampung kapasiti korban hingga terdapat mayat yang ditinggalkan di kaki lima, maklum jurucakap Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans di Libya, Osama Aly kepada CNN.

Misi Kemanusiaan

Gambar: AFP

Dalam pada itu, Mesir, UAE, Turki, Itali dan Algeria antara negara yang dilaporkan menghantar bantuan kemanusiaan ke Libya.

Bagaimanapun, keadaan politik dalam negara itu menyukarkan misi menyelamat dan bantuan kemanusian di peringkat global. Perkara itu menyaksikan misi bantuan hanya dibenarkan melalui ibu negara atau pentadbiran saingan Haftar di Benghazi.

Oleh itu, kebanyakan negara sehingga kini menghantar misi bantuan ke Benghazi, iaitu bandar utama yang paling hampir dengan Derna dan bandar-bandar sekitarnya.

Sumber: CNN 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?