Siakap Keli
ujian teori kali kedua
Gambar Hiasan: Bernama

Tiada Lagi Ujian Teori Kali Kedua, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penambahan Kelas Lesen Memandu 

Tiada Lagi Ujian Teori Kali Kedua, Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Penambahan Kelas Lesen Memandu 

Umum mengetahui, setiap individu yang ingin memandu atau menunggang kenderaan di atas jalan raya perlu mendapatkan lesen memandu yang sah.

Di Malaysia, perkara yang sama turut diaplikasikan menerusi Lesen Memandu Malaysia (LLM). Bagi memperolehi lesen memandu ini, setiap individu perlu membuat pendaftaran di Institut Latihan Memandu (ILM).

Dalam fasa permohonan lesen, calon perlu menjalani beberapa ujian seperti Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01), ujian komputer, KPP02 (praktikal di litar) dan KPP03 (praktikal di jalan raya).

Bagi yang ingin membuat penambahan lesen, orang awam perlu menduduki semula ujian seperti biasa termasuk KPP01.

Walau bagaimanapun, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke pada bulan lalu memaklumkan, individu yang telah mempunyai lesen kereta atau motosikal tidak perlu jalani ujian teori kali kedua bagi memohon lesen dalam kelas berlainan.

Penukaran dasar baharu dalam sistem itu bakal berkuatkuasa pada 15 September 2023 (esok). Ini bermakna, calon tidak perlu lagi menjalani Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu.

Sebagai contoh, katanya. seseorang yang sudah lulus ujian Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP01) dalam lesen memandu motosikal tidak perlu menduduki KPP01 untuk kali kedua apabila mengambil lesen memandu kereta.

Calon, bagaimanapun, masih wajib menjalani latihan dan menduduki ujian praktikal di litar dan praktikal di jalan raya secara berasingan apabila mengambil lesen memandu motosikal dan kereta.

Jadi Apa Yang Perlu Anda Tahu Sistem Baharu Ini? 

Sementara itu, berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di akaun @yeopmisai menjelaskan langkah-langkah bagi calon yang perlu dilakukan sewaktu membuat penambahan lesen.

Jelasnya, terdapat tiga langkah yang perlu diketahui calon seperti berikut;

Tidak Perlu Menjalani KPP01

KPP01 atau Kursus Teori Kurikulum Pendidikan Pemandu merupakan kursus awal yang perlu diduduki oleh calon.

BACA JUGA: Hanya Satu Ujian Teori Saja Untuk Lesen Memandu Kelas Berbeza

Bagi yang telah memiliki lesen kereta atau motosikal, calon tidak perlu hadir ke kelas teori dan melalui proses ujian komputer.

Pengaktifan LDL

“Calon-calon yang ingin membuat penambahan kelas hanya perlu mengaktifkan Lesen Belajar Memandu atau Learner Driving Licence (LDL) ke JPJ. Kemudian melengkapkan proses pembelajaran KPP02 dan KPP03 mengikut kelas permohonan,” katanya.

Beli buku KPP

Menurutnya, calon juga perlu hadir ke institut memandu untuk membeli buku teks Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP) sama ada tambah kelas motosikal atau kelas kereta untuk diaktifkan LDL tersebut.

Untuk penjelasan lanjut, tonton video di bawah.

@yeopmisai

#longervideos #slebewwww #sahabatpakyeopdamia #fyp🔥 #kawkawboomz #fyppppppppppppppppppppppp #fyp🔥🔥🔥_tiktok #fyp🔥シツ♡foryoupage #viraltiktok #info #virall #fyp #fypシ #fypシ゚viral #RoadToTikTokAwardsMY #booktokmalaysia #fypage

♬ original sound – Pak Yeop Damia 🇲🇾 – Pak Yeop Damia 🇲🇾

Sumber: TikTok @yeopmisai & Bernama 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"