Acara Keretapi Sarong Meriah, Orang Ramai Tak Lepas Peluang Peraga Pakaian Tradisional
Kurang sebulan selepas kita menyambut Hari Kebangsaan, tarikh 16 September adalah merupakan satu lagi tarikh bersejarah buat negara kita.
Hari Malaysia yang jatuh pada setiap 16 September adalah hari di mana penggabungan Tanah Melayu atau Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak.
Bagi menyambut Hari Malaysia ini, satu aktiviti yang dipanggil sebagai Keretapi Sarong telah menjadi salah satu acara utama untuk meraikan hari tersebut.
Peserta yang menyertai acara ini perlu memakai pakaian tradisional mengikut kepelbagaian kaum dan etnik yang ada di negara ini.
Menerusi perkongsian BERNAMA, kemeriahan sambutan acara ini dapat dilihat dengan penyertaan oleh orang ramai.
Di ibu negara, orang ramai dilihat lengkap berpakaian tradisional sedang berkumpul dan menaiki LRT dari KL Sentral ke LRT Masjid Jamek.
Destinasi terakhir peserta acara itu adalah di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
Situasi semasa di Keretapi Sarong 2023 dari KL Sentral ke LRT Masjid Jamek menuju ke destinasi akhir, Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu. pic.twitter.com/WQ3src1wrG
— BERNAMA TV 🇲🇾 (@BernamaTV) September 16, 2023
Di Johor pula, acara itu disambut meriah di sepanjang laluan pejalan kaki di Sungai Segget, Johor.
Dipercayai, acara itu telah disertai kira-kira 600 peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan kaum.
Lautan manusia berpakaian etnik ‘membanjiri’ sepanjang laluan pejalan kaki Sungai Segget hari ini.
Acara kilat berkumpulan Keretapi Sarong 2023 di Johor bersempena sambutan Hari Malaysia itu, disertai kira-kira 600 orang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
📸 Mohd… pic.twitter.com/EuThTJ2K3X
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 16, 2023
Satu lagi lokasi tumpuan adalah di Ipoh, di mana acara tersebut telah diadakan di Stesen Keretapi Ipoh.
Antara peserta yang menyertai acara Keretapi Sarong 2023 yang diadakan di Stesen Keretapi Ipoh hari ini.
Kira-kira 500 peserta dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang menyertai edisi kali ini yang turut diadakan di Kuala Lumpur dan Johor.
📷Zulfadhli Zulkarnain | BERNAMA… pic.twitter.com/vk0m0O1CjM
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 16, 2023
Seramai kira-kira 500 orang peserta yang dipercayai dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang telah menyertai acara pada edisi kali ini.
Selain memakai pakaian tradisional, acara itu turut diiringi dengan tarian dan nyanyian peserta yang bersemangat.
Aktiviti yang sangat meriah ini dilihat dapat menyatu padukan kaum Malaysia daripada pelbagai etnik serta kaum.
Ia secara tidak langsung dapat memupuk semangat bersatu padu serta sedikit sebanyak menimbulkan rasa cinta dan sayang terhadap negara.
Selamat Hari Malaysia semua!
Sumber: BERNAMA