Siakap Keli
suami isteri dihalau pesawat
Gambar: The Mirror UK

Dihalau Keluar Dari Pesawat Kerana Badan Didakwa Berbau, Suami Isteri Saman Syarikat Penerbangan

Dihalau Keluar Dari Pesawat Kerana Badan Didakwa Berbau, Suami Isteri Saman Syarikat Penerbangan

MIAMI — Sepasang suami isteri memfailkan saman terhadap syarikat penerbangan, American Airlines susulan dihalau daripada pesawat itu kerana badan mereka didakwa berbau, lapor The Mirror UK.

Akibat kejadian itu, merasa merasa malu dan terhina selain mental dan emosi mereka juga turut terjejas.

Difahamkan, pada 23 Januari, 2019 lalu, pasangan tersebut bersama anaknya yang berusia 19 bulan mendakwa telah menjadi mangsa diskriminasi oleh kakitangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Miami.

Jelas ketua keluarga itu yang juga seorang perunding perniagaan, keluarga mereka diusir bukan disebabkan bau badan namun atas sebab lain.

Ketika itu, mereka dalam perjalanan pulang dari Miami ke rumah mereka di Detroit. Namun salah seorang penumpang mengadu bahawa keluarga itu mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

“Sebaik sahaja mereka mengusir kami, mereka menutup pintu sambil berkata maaf tuan, segelintir penumpang mengadu tuan mempunyai bau badan dan kami tidak membenarkan tuan sekeluarga menaiki pesawat,” kata lelaki itu kepada WPLG Local 10 News.

Dalam pada itu, isterinya mendakwa mereka keliru dengan kejadian tersebut.

Dia juga telah meminta pandangan orang ramai di lapangan terbang itu sama ada badan mereka berbau atau tidak.

Mereka juga diberitahu oleh American Airlines bahawa bagasi mereka akan dikembalikan. Namun sebaliknya berlaku apabila mereka mendakwa dibiarkan sehelai sepinggang.

Malah, barangan keperluan bagi anak mereka termasuk kereta dorong turut ditinggalkan dalam pesawat.

Tambahnya, mereka telah mandi pada hari berkenaan sebelum bergerak ke lapangan terbang pada ketika itu..

Bagaimanapun, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syarikat Penerbangan American Airlines, mereka telah diberikan sebuah bilik dan baucar makanan malam itu sebelum membuat tempahan tiket penerbangan pada hari berikutnya.

BACA JUGA: Disapa Penumpang Peramah Dalam Pesawat, Wanita Dedah Nyaris Jadi Keldai Dadah

Saman Terhadap American Airlines

Dalam pemfailan saman berkenaan, dia mendakwa salah seorang kakitangan Lapangan Terbang berkenaan memberitahunya untuk turun daripada pesawat itu atas dasar kecemasan.

Peguam bela, Nwadi Nwogu menjelaskan dalam dakwaan berkenaan bahawa juruterbang telah mengarahkan keluarga terbabit keluar dari pesawat kerana bau badan.

“Ketika ditanya mengenai sama ada bau badan itu berpunca daripadanya atau isterinya dan anaknya, kakitangan lapangan terbang terbabit tidak menjawab. Sebaliknya, keluarga itu diarahkan untuk meninggalkan pesawat atas arahan juruterbang kerana isu itu,” kata Nwogu.

Sumber: The Mirror UK

Muhd Iqbal