Siakap Keli
pemilik bengkel ditembak
Kredit: Awani

Pemilik Bengkel Kereta Maut Ditembak Di Machang

Pemilik Bengkel Kereta Maut Ditembak Di Machang

MACHANG, 17 Sept (Bernama) — Seorang pemilik bengkel kereta ditemukan maut dalam kenderaan pacuan empat roda dinaikinya dipercayai akibat ditembak dalam kejadian kira-kira 5.30 petang tadi di Kampung Hutan Kuin, di sini.

Bapa saudara mangsa, Zuki Ibrahim, 38, berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian daripada isteri mangsa kira-kira 6 petang.

“Ketika mendapat panggilan tersebut (daripada isteri mangsa), saya dalam perjalanan pulang dari Kuala Lumpur.

“Saya terus ke Hospital Machang, namun dimaklumkan mayat anak saudara saya masih berada di tempat kejadian,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.

Zuki berkata kali terakhir beliau bertemu anak saudaranya yang berusia 37 tahun itu kira-kira sebulan lepas.

“Saya dimaklumkan anak saudara yang tinggal di Pasir Puteh datang ke Machang untuk membeli alat ganti kenderaan untuk bengkelnya,” katanya.

Tinjauan Bernama mendapati polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

Sumber: BERNAMA

BACA: Lelaki Bernasib Baik, Masih Hidup Walau Dua Kali Ditembak Di Kepala

Nurhanis

noktah