Siakap Keli
hilangkan bau masakan
Kredit: Sharifah nursakinah via Khairulaming Fans Club/Facebook

Tiada Kitchen Hood? Lima Bahan Ini Bantu Hilangkan Bau Masakan Di Rumah

Tiada Kitchen Hood? Lima Bahan Ini Bantu Hilangkan Bau Masakan Di Rumah

Bagi mereka yang gemar memasak di rumah, pastinya seronok apabila dapat menyediakan hidangan yang sedap kepada keluarga, sanak saudara, rakan-rakan dan ramai lagi.

Kadang-kadang memasak boleh menjadi tempat untuk individu menghilangkan segala rasa penat lelah yang dihadapi dalam kehidupan seharian dengan cara menyelami masakan yang sedang dimasak.

Tetapi, apabila sudah siap memasak, masalah lain mula timbul yang membuatkan individu tersebut bingung kerana bau masakan itu kekal hingga ke pelosok rumah.

Walaupun beberapa hari telah berlalu, namun bau tersebut masih ada seakan-akan bernyawa membuatkan mereka yang membaunya merasa pening.

Hal ini kerana, bau masakan tersebut telah campur dengan pewangi, udara di luar dan lain-lain sehingga ia membentuk satu keadaan yang tidak sedap untuk dihidu.

Bagaimanapun, tidak perlu risau kerana pengguna di Facebook Sharifah Nursakinah, berkongsi kepada orang ramai tentang cara untuk menghilangkan bau tersebut.

Ujarnya, cara ini boleh digunakan bagi mereka yang tidak mempunyai kitchen hood, yang menyedut semua asap masakan.

Jelasnya, bahan-bahan yang diperlukan tidak lebih daripada lima bahan dan ia amat mudah untuk didapati kerana sentiasa ada di dapur.

“Nak kongsi tips bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ni untuk rumah yang tiada kitchen hood macam saya.

“Selepas memasak tumis-tumis apa semua tu kan rumah berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus ni untuk hilangkan bau masakan dalam rumah,” katanya.

BACA: ‘Jangan Mudah Percaya No Pork’, Chef Dedah Realiti Dunia Masakan & Ini Nasihat Buat Muslim

Cara hilangkan bau masakan di rumah

Kredit: Sharifah nursakinah via Khairulaming Fans Club/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan:

Lemon

Rosemary (yang kering pun boleh)

Cengkih

Kayu Manis

Cara-caranya:

Rebus dalam 10-15 minit macam itu. Api kuat untuk wap naik ke seluruh rumah.

Selepas dah siap tutup api biar sejuk satu malam.

Air rebusan itu boleh tapis kemudian masuk dalam botol spray.

Boleh spray satu rumah.

Sumber: Sharifah nursakinah via Khairulaming Fans Club/Facebook

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini