Siakap Keli
Anwar isu Dnaa
Gambar: Bernama

Isu DNAA Bakal Dijawab Oleh PM Di Parlimen Esok – Azalina

Isu DNAA Bakal Dijawab Oleh PM Di Parlimen Esok – Azalina

KUALA LUMPUR —  Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjawab segala persoalan mengenai keputusan melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen esok, lapor Astro Awani.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata demikian sewaktu berada di Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, sesi itu berkemungkinan bakal bersidang pada jam 2.30 petang esok.

BACA JUGA: Pendakwaan Mohon Ahmad Zahid Lepas Tanpa Bebas Daripada 47 Pertuduhan

“(Ahli Parlimen) Kota Bharu bertanyakan sama ada Perdana Menteri akan menjawab sebab tuan badan ada di sini, buat bagi tangan ‘good‘ itu dia (Anwar) akan jawab esok Insya-Allah jam 2.30 hingga 3 petang.

“Jadi soalan-soalan itu boleh tanya kepada Perdana Menteri, tetapi komitmen daripada kita akan menentukan bahawa kita perlu berlaku adil,” katanya ketika PM Anwar memasuki Dewan Rakyat,” katanya.

Pengasingan Kuasa Peguam & Pendakwa Raya

Sementara itu, Datuk Seri Azalina harini berkata Kerajaan komited dalam usaha pengasingan kuasa antara Peguam Negara dan Pendakwa Raya, lapor Bernama.

Langkah itu bagi memastikan integriti institusi perundangan terpelihara.

Beliau menbidas isu pendakwaan terpilih yang kini sering dibangkitkan oleh pihak pembangkang namun perkara tersebut tidak dilakukan oleh pihak pembangkang sewaktu gabungan menjadi kerajaan.

“Kenapa semasa yang di sana jadi kerajaan tidak pisahkan (Pengasingan kuasa) Peguam Negara? Bila Yang Berhormat di sana kena, kata ‘oh pendakwaan terpilih’, bila sini yang kena – kata padan muka.

“Kerajaan MADANI komited kepada tata kelola lebih adil. Kami walk the talk. Mereka (pembangkang), they don’t walk, they don’t talk,” kata Azalina ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab celahan Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang membangkitkan isu pendakwaan terpilih dalam kes-kes mahkamah yang kononnya hanya dikenakan terhadap pembangkang.

BACA JUGA: Apa Maksud Dilepaskan Tanpa Dibebaskan? Ini Yang Anda Perlu Tahu

Sumber: Astro Awani 

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?