Siakap Keli
mesir purdah sekolah
Kredit: AFP

Mesir Larang Pemakaian Purdah Di Sekolah Mulai 30 September Ini

Mesir Larang Pemakaian Purdah Di Sekolah Mulai 30 September Ini

Pemerintah Mesir telah melarang pelajar perempuan memakai purdah atau sebarang kain yang menutupi wajah di sekolah, berkuatkuasa bermula pada 30 September dan berterusan sehingga 8 Jun 2024, lapor Wion News.

Menteri Pendidikan Mesir, Reda Hegazy secara rasmi mengesahkan keputusan tersebut dan turut memberikan butiran mengenai garis panduan baharu itu.

Difahamkan, menerusi kod berpakain baharu itu, Hegazy berkata ia membenarkan pelajar menutup rambut namun penutupan itu tidak termasuk dengan muka mereka.

Bagaimanapun, garis panduan itu telah melarang keras penggunaan model atau ilustrasi yang mempromosikan penutupan rambut melainkan ia diluluskan oleh direktorat pendidikan yang berkaitan.

Langkah ini bertujuan untuk mencapai keseimbangan antara keagamaan dan mengekalkan persekitaran pendidikan yang jelas.

Dalam pada itu, Hegazy turut menekankan peranan penting penjaga dalam pemilihan pakaian pelajar, di mana mereka berhak untuk mengetahui dan bersetuju dengan keputusan yang dibuat oleh anak perempuan untuk memakai tudung.

Mengulas lanjut, beliau berkata pilihan yang dibuat harus kekal sepenuhnya secara sukarela, bebas daripada tekanan dan paksaan luar.

Sementara itu, bagi memastikan perkara tersebut, Kementerian Pendidikan juga telah mengarahkan pengarah pendidikan untuk mengesahkan kesedaran penjaga terhadap keputusan yang dibuat.

Mengenai pakaian sekolah, kementerian telah memperkenalkan pendekatan yang diselaraskan.

Lembaga sekolah dengan kerjasama pemegang amanah, ibu bapa dan guru, akan menentukan warna seragam yang sesuai untuk pelajar lelaki dan perempuan.

BACA: Arab Saudi Sarankan Pemakaian Semula Pelitup Muka Kepada Jemaah Umrah 1445H

Keputusan ini akan dibuat dengan rundingan bersama direktorat pendidikan, bagi memastikan penampilan adalah sama dan diselaraskan untuk semua pelajar.

Hegazy juga menegaskan bahawa perubahan kepada pakaian seragam sekolah harus dipertimbangkan pada permulaan setiap peringkat pendidikan, dengan selang minimum tiga tahun antara perubahan.

Walaupun penjaga mempunyai kebebasan untuk memilih tempat dalam membeli pakaian seragam, namun pelajar diwajibkan mematuhi peraturan pakaian seragam yang ditetapkan oleh kementerian.

Mana-mana pelajar yang didapati melanggar peraturan itu tidak akan dibenarkan masuk atau hadir ke sekolah.

Selain itu, Hegazy juga menekankan kepentingan menjalankan peperiksaan berkaitan identiti negara, merangkumi mata pelajaran seperti bahasa Arab, pendidikan kebangsaan, dan pendidikan agama.

Peperiksaan ini amat relevan di sekolah antarabangsa di peringkat jabatan pendidikan dengan tujuan untuk memastikan pelajar menerima pendidikan yang menyeluruh, meliputi aspek identiti kebangsaan dan budaya mereka.

Sumber: Wion News, BNN 

BACA: Jumpsuit Dan Tunik, Pakaian Seragam Baharu British Airways

Nurhanis

Suka menzahirkan perasaan melalui penulisan.