Siakap Keli
beras import rahmah
Gambar: Bernama

Jualan Rahmah Beras: Harga Beras Import Sekitar RM13 Hingga RM14 Bagi 5kg

Jualan Rahmah Beras: Harga Beras Import Sekitar RM13 Hingga RM14 Bagi 5kg

KUALA LUMPUR — Jualan Rahmah Beras menawarkan harga istimewa kepada pembeli iaitu sekitar RM13 hingga RM14 sekampit bagi beras import lima kilogram (kg), lapor Sinar Harian.

Menurut Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Fuziah Salleh, Jualan Rahmah Beras ini bakal dilaksanakan di setiap kawasan Parlimen seluruh negara.

“Harga beras import sekampit dengan berat lima kg dalam Jualan Rahmah Bergerak adalah sekitar RM13 hingga RM14, KPDN akan cuba sedaya upaya menawarkan harga sama dalam Jualan Rahmah Beras.

“Jadi kita akan cuba untuk jual dengan harga seperti itu juga. Kalau RM13 sama macam tempatan, tetapi kita jual beras import untuk Jualan Beras Rahmah itu,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, pihaknya juga berusaha bagi memastikan golongan yang selayaknya mampu membeli beras tersebut.

Katanya, kawasan B40, perumahan kos rendah dan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta sebagainya merupakan matlamat Jualan Rahmah Bergerak.

BACA JUGA: Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Ini Maksud Kod Warna Pada Bungkusan Beras Ramai Tak Tahu

“Mekanisme itu bergerak ke kawasan penempatan disasarkan, mungkin adalah satu cara untuk kita sampai kepada golongan yang memerlukan sebab golongan yang amat terkesan adalah golongan yang saya sebutkan itu.

“Namun untuk golongan peniaga, pihak Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan mengatakan mereka akan ambil tanggungjawab,” ujar Fuziah.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar Today’s Malaysia E-Commerce and Consumer Protection Regulatory Framework: The Way Forward  di sini hari ini.

Pengarah Kanan Sektor Perdagangan Pengedaran dan Perniagaan KPDN, Datuk Rohaizi Bahari turut hadir dalam seminar tersebut.

Maklum Fuziah, inisiatif ini dapat direalisasikan menerusi peruntukan Jualan Rahmah RM150 juta yang diberikan sebelum ini oleh Kerajaan,

Inisiatif tersebut bertujuan bagi membantu mengurangkan kos sara hidup rakyat.

“Mula-mula kita ada RM100 juta, tapi Perdana Menteri tambah lagi RM50 juta. Disebabkan kita tak ada akses kepada beras tempatan, jadi kami akan beri diskaun harga kepada beras import” katanya lagi.

BACA JUGA: Stok Bekalan Beras Negara Mencukupi, Tiada Keperluan Guna Stok Penimbal – Mohamad Sabu

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?