Kasino Menyerupai Sebuah Masjid Di Chicago Bangkitkan Kemarahan Ramai
Sebuah video yang memaparkan binaan kasino menyerupai masjid di Chicago telah tular di beberapa media sosial.
Perkongsian yang dibuat oleh akaun TikTok @islamchanneltv itu menunjukkan kasino tersebut menyerupai dan sangat mirip dengan bentuk seni bina sebuah masjid.
Tak hanya itu, pintu masuk kasino tersebut juga didapati mempunyai kalimah Allah S.W.T.

Menerusi perkongsian itu lagi, bangunan tersebut telah dinamakan sebagai Kuil Madinah.
Ramai yang telah menyuarakan ketidakpuasan hati mereka dan menganggap perbuatan itu sebagai provokasi kepada agama Islam.
Binaan gaya Islamik itu dipercayai merupakan sebuah amfiteater yang direka oleh Huehl dan Schmidt pada tahun 1912.

Bangunan yang mengangkat tema Timur Tengah itu telah dibina oleh Kumpulan Freemason Shriners.
Difahamkan, bangunan itu tidak pernah dijadikan sebagai rumah ibadah bagi mana-mana agama.
Tema binaan diambil berdasarkan pengaruh Timur Tengah
Sebuah laporan berkata bahawa Shriners mengangkat binaan tema Timur Tengah itu sebagai sesuatu perkara untuk suka-suka.
“Umat Islam di seluruh dunia sedang marah dengan kasino Chicago yang mempunyai bangunan menyerupai masjid.
“Ia menambah api kemarahan umat islam, selepas tulisan kayu bertulis ‘La ilah illa Allah’ kelihatan di pintu masuk struktur bangunan yang dinamakan sebagai ‘Kuil Madinah’.
“Ini telah mencetuskan kemarahan ramai, tindakan itu dilihat sebagai percubaan sengaja untuk memprovokasi dan menyinggung perasaan umat Islam,” tulis kapsyen muat naik perkongsian tersebut.
BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil
Perkongsian itu telah meraih perhatian dan ramai telah meninggalkan komen mereka berkenaan muat naik video tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Umat Islam patut protes kepada Datuk Bandar Chicago. Tuntut perubahan. Allahuakbar,” tulis seorang netizen.
“Subhanallah, semoga Allah mengampunkan kita semua. Amin,” tulis seorang lagi netizen.
“Mereka hanya mahu memprovokasi dan memanggil orang Islam sebagai pengganas apabila kita mula memberikan respon,” tulis seorang lagi netizen yang menganggap perkara itu sebagai satu provokasi buat umat Islam.
@
Sumber: TikTok/@islamchanneltv