Apa Nak Buat Dengan Kulit Bawang? Jangan Buang, Boleh Jadi Pati
Apa-apa yang berkaitan dengan kulit buah atau sayur-sayuran untuk masakan, mesti kita akan buang sekiranya ia tidak lagi diperlukan, kan?
Sebagai contoh kulit yang dikatakan di sini ialah kulit durian, rambutan, tomato dan sebagainya.
Bagaimanapun, jika kulit tersebut memberi manfaat dalam kehidupan dan juga kesihatan, kita tidak akan membuangnya.
Tahu tak, kulit bawang sebenarnya memberi faedah kepada tanaman? Perkara ini telah dikongsi oleh Jumar Pah, di mana dia menerangkan manfaat kulit sayur itu.
Menerusi video tersebut, dia berkata kulit bawang membantu mencegah serangga yang sering memakan daun tanaman.
Jelasnya, amat sayang sekiranya kulit bawang dibuang susulan ia memberi kebaikan terhadap tanaman yang ditanam di rumah.
Malah, bagi yang tidak mengetahui, kulit bawang juga mengandungi khasiat yang mampu membasmi serangga.
“Selepas kupas bawang, biasanya korang buang ke kulit tu? Jangan buang, sebab kita boleh gunakan sebagai pembasmi serangga pada tanaman kita.
“Kulit bawang ini dia kaya dengan mineral kalsium, magnesium dan zat besi yang menghasilkan asid organik yang merosakkan pencernaan serangga,” katanya dalam video tersebut.
BACA: Nasi Bau Hangit, Letak ‘Satu’ Bahan Ini Auto Jadi Wangi Semula
Dalam pada itu, Jumar Pah turut menunjukkan cara pembuatan pati air untuk kulit bawang tersebut.
Cara untuk membuat pati itu sangat mudah kerana hanya memerlukan sejumlah kepingan kulit bawang, botol mineral dan juga air yang bersih.
“Ia juga menjauhkan serangga daripada tanaman kita. Macam mana nak buat itu? Mari saya tunjukkan.
“Mula-mula kita masukkan kulit bawang dalam botol, yang ada air bersih dan tutup rapat.
“Kemudian, goncangkan botol tersebut dan simpan selama 12 jam,” ujarnya.

Setelah disimpan selama 12 jam, air tersebut akan bertukar warna dan baunya juga sangat wangi.
Bagaimanapun, menurut Jumar Pah air pati itu tidak terus digunakan tetapi ia mempunyai nisbah yang tersendiri.


“Ini hasilnya, bau yang sangat wangi macam bawang goreng.
“Air pati itu kita bukan pakai atau guna semua, nisbahnya 100 mililiter air bawang ini campur dengan satu liter air bersih,” jelasnya.
Selepas melakukan nisbah tersebut, semburkan pati itu di daun-daun tanaman.
“Kita semburkan di celah-celah batang, selalunya ada hama labah-labah bersembunyi belakang daun.
“Kadang-kadang ada macam ulat, belalang dan lain-lain di daun. Kita sembur je di daun-daun, tidak kira pokok jenis apa untuk mencegahkan binatang bertelur di tempat itu.
Jelasnya, pati tersebut boleh disimpan selama sebulan dan apabila melakukan dengan kerap, hama labah-labah yang bersembunyi akan mati dengan sendiri.
Sumber: Jumar Pah via Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam/Facebook