Siakap Keli
yuran elon musk x
Kredit Anadolu Agency

Elon Musk Rancang Kenakan Yuran Langganan Kepada Semua Pengguna X

Elon Musk Rancang Kenakan Yuran Langganan Kepada Semua Pengguna X

Elon Musk mendedahkan bahawa laman X, yang dahulunya dikenali sebagai Twitter sedang merancang untuk mengenakan bayaran kepada semua pengguna untuk mengakses platform tersebut.

Memetik The Guardian, Musk berhasrat melakukan sedemikian bagi menangkis bot, atau akaun automatik yang telah menjadi pembawa pepijat.

Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel.

Menurut CEO Tesla itu, beliau mencadangkan agar laman X mengenakan bayaran kepada penggunanya.

Pada masa ini, Twitter hanya mengenakan bayaran kepada pengguna bagi perkhidmatan langganannya iaitu X Premium.

Perkhidmatan itu menawarkan faedah seperti tanda semak akaun yang disahkan dengan harga USD 11 sebulan di Amerika dan 11 pound di United Kingdom bagi pengguna iPhone.

“Kami beralih kepada pembayaran bulanan yang kecil untuk penggunaan sistem,” kata Musk.

Tambahnya, untuk bot terbaru itu mereka memerlukan wang bagi menyediakannya dan menaikkan kos akaun kepada beberapa dolar bagi menyelesaikannya.

“Selain itu, setiap kali pencipta bot membuat bot lain, mereka memerlukan kaedah pembayaran baharu yang lain,” kata Musk lagi.

Musk yang sering mengeluarkan kenyataan mengejut sehingga kini masih belum mengesahkan dasar pengecasan tersebut.

Dalam pada itu, Musk berkata laman X kini telah mempunyai sebanyak 550 juta pengguna bulanan yang menggunakan 200m siaran setiap hari.

Sebelum ini, platform tersebut telah mengukur penggunanya dengan kaedah yang berbeza.

Pengguna aktif harian yang menghasilkan wang hanya seramai 238 juta sebelum Musk mengambil alih pada Oktober 2022.

Musk juga telah meningkatkan prospek tembok berbayar ketika platform itu berlaku penurunan yang berterusan dalam pengiklanan, salah satu sumber pendapatan utamanya.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Musk berkata, boikot pengiklanan itu didorong oleh kebimbangan berkenaan kandungan yang tidak sesuai atau kebencian, yang menyebabkan hasil iklan merosot sebanyak 60%.

Pertemuan Musk dengan Netanyahu didakwa sebagai perbincangan tentang teknologi dan kecerdasan buatan.

Tetapi pertemuan itu telah bertukar kepada kebebasan bersuara dan antisemitisme.

Netanyahu berkata bahawa beliau berharap agar Musk akan mencari jalan dalam mengekang antisemitisme dan kebencian lain di laman X.

Sumber: The Guardian

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka