Siakap Keli
influencer makan daging babi
Kredit Tribun News

“Influencer” Hina Agama, Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

“Influencer” Hina Agama, Makan Daging Babi Dijatuhi Hukuman Penjara

Defendan kes makan daging babi sambil membaca Bismillah, telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh panel hakim di Mahkamah Daerah Kelas I Palembang, lapor CNN.

Selain itu, pempengaruh wanita itu juga turut dikenakan denda sebanyak Rp 250 juta (RM76,000) serta subsidiari tiga bulan penjara.

“Membicarakan dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada terdakwa dan denda Rp 250 juta, subsidiari tiga bulan penjara, ” kata hakim membacakan keputusan itu pada semalam.

Panel Hakim Mahkamah Daerah Kelas I Palembang yang dipengerusikan oleh Romi Sinatra telah menilai terdakwa secara sah dan terbukti dengan sengaja.

Terdakwa juga sengaja menyebarkan perasaan kebencian kepada individu dan kelompok masyarakat tertentu berdasarkan agama.

Keputusan yang dijatuhkan oleh Panel Hakim terhadap terdakwa adalah sama dengan tuntutan pendakwa raya iaitu dua tahun penjara, denda Rp 250 juta serta subsidiari hingga tiga bulan.

Selepas mendengar keputusan panel hakim, terdakwa segera menyatakan akan memikirkan berkenaan keputusan hakim terlebih dahulu.

“Saya akan fikirkan dahulu yang mulia,” kata terdakwa.

Menurut tertuduh, dia akan berbincang dengan keluarganya dan berkemungkinan akan memfailkan rayuan berkenaan hukuman tersebut.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Bahan bukti ketika kesalahan itu dilakukan telah dirampas dan dimusnahkan

Memetik Tribun News, bukti dalam bentuk kad SIM dan iPhone berserta akaun TikTok terdakwa telah dirampas dan dimusnahkan.

“Bukti kad sim dimusnahkan manakala akaun iPhone dan TikTok terdakwa dirampas oleh kerajaan,” kata pendakwa raya.

Sementara itu, terdakwa juga menyatakan bahawa dia tidak terkejut dengan keputusan yang dijatuhkan oleh Panel Hakim terhadapnya.

“Saya akan fikirkan keputusan ini selama seminggu. Saya juga tidak terkejut mendengar keputusan itu,” kata terdakwa selepas perbicaraan tersebut.

Difahamkan, terdakwa telah didakwa menerusi Pasal 45 A ayat (2) bersama dengan Pasal 28 Ayat (2) UU ITE.

BACA: Dah Cuba Macam-Macam Perniagaan, Pasangan Tak Sangka Idea Meniaga Nasi Lemak Myvi Merah Berhasil 

Sumber: CNN, Tribun News

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka