Siakap Keli
tiga maut bas ekspres terbabas
Gambar: BERNAMA

Tiga Maut, Bas Ekspres Dua Tingkat Terbabas Di Bahu Jalan Lipis-Merapoh

Tiga Maut, Bas Ekspres Dua Tingkat Terbabas Di Bahu Jalan Lipis-Merapoh

Tiga orang dilaporkan maut selepas bas ekpres dua tingkat terbabas ke bahu jalan di KM81, Jalan Lipis-Merapoh, dekat Kuala Lipis pada awal pagi tadi.

Perkara berkenaan dilaporkan BERNAMA yang memetik kenyataan polis, menerusi platform X sebentar tadi.

Menurut Sinar Harian, mangsa yang terkorban adalah pemandu bas dan dua orang penumpang.

Bas ekspres dua tingkat tersebut bergerak dari Kuala Krai, Kelantan dan dipercayai terbabas melanggar pokok di susur keluar Kampung Kubang Musa, dekat Merapoh pada awal pagi Rabu.

Pemandu bas yang maut dikenali Abd Aziz Daud, seorang lelaki yang berusia 56 tahun. Manakala dua penumpang yang maut, salah seorangnya merupakan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Krai, Mohd Syukri Mat Noor (55) dan warga Bangladesh, Hossain Kamal (41).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, terdapat 18 penumpang dan dua pemandu dalam bas terbabit.

“Kita menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian ini pada jam 1.55 pagi dan enam anggota bersama tiga pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Lipis serta tiga jentera dikerahkan ke tempat kejadian.

“Operasi juga menerima bantuan dari BBP Gua Musang dan Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Merapoh,” kata beliau dalam kenyataan pada hari ini.

Ujarnya, pasukan bomba telah membuat operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat.

Ismail menambah, mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lipis dan Hospital Gua Musang dengan menggunakan jentera Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

BACA: Tetap Ditutup Dengan Cadar, Tapi Kenapa Tilam Dijual Ada Jahitan & Corak Cantik?

Sumber: Bernama via X

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma