Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Lelaki Bakal Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tanam Bawang Besar Seberat 8.9Kg

Syed Faisal Sayed Muhammad
Bawang besar 8.9kg
Kredit Wendy Griffin

Lelaki Bakal Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tanam Bawang Besar Seberat 8.9Kg

Seorang penanam sayur dari Guernsey berjaya memecahkan rekod bawang terberat di dunia dengan rekod seberat 8.9 kilogram di dalam Rekod Dunia Guinesss, lapor BBC.

Bawang hasil tanaman Gareth Griffin yang mencecah 8.9kg telah itu berjaya menarik ramai orang di Pameran Bunga Musim Luruh Harrogate pada Jumaat lalu.

Bawang milik Griffin itu telah berjaya mengatasi rekod dunia pada sebelum ini yang mencatatkan berat sebanyak 8.4kg.

Griffin, 65, berkata bahawa dia telah menanam sayur itu dalam polytunnel di rumahnya yang terletak di La Villiaze dengan lampu tambahan dan sistem air automatik.

Penganjur pertunjukan tersebut berkata bahawa bawang milik Griffin itu adalah yang terbesar di dunia tertakluk kepada pengesahan oleh Rekod Dunia Guinness.

Dalam pada itu, Griffin memberitahu BBC bahawa dia telah meminati dalam penanaman itu kerana bapanya juga merupakan petani bawang gergasi.

Kata Griffin, dia mula berminat dengan perkara itu selepas pergi ke kejohanan dunia pada 12 tahun yang lalu.

“Saya hampir mendapat gelaran itu pada 2014 tetapi berat bawang saya kurang beberapa auns daripada rekod pertunjukkan,” katanya lagi.

“Saya telah mencuba sejak itu dan tahun ini ia berjalan lancar. Saya rasa lebih besar daripada bola sepak dan lebih berbentuk bola ragbi,” tambah Griffin.

Kredit Wendy Griffin

Griffin menjelaskan bahawa dia telah mencuba dua teknik dalam proses penanaman yang berbeza.

Ia termasuk menggunakan benih yang betul dan menjaganya dengan baik.

Proses penjagaan tanaman itu melibatkan penggunaan lampu 24 jam selama beberapa minggu dan sistem pengairan automatik dalam polytunnel.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Semasa membawa bawang itu ke pertunjukan, dia terpaksa mengangkutnya dengan menaiki feri dari rumahnya.

“Ia diletak dalam kotak yang empuk dan saya tidak melepaskannya daripada pandangan saya,” kata Griffin.

Tambahnya, bawang gergasi itu boleh dimakan dan rasanya juga sangat ringan serta ia juga berpotensi untuk menjadi benih yang sangat baik.

Sementara itu, Rekod Guinness Dunia dikatakan telah menerima maklumat berkenaan bawang itu dan pengesahan rekod masih belum selesai diproses.

Sumber: BBC