Siakap Keli
onana punca tewas
AFP

Onana Mengaku Jadi Punca United Tewas Dengan Bayern Munich

Onana Mengaku Jadi Punca United Tewas Dengan Bayern Munich

Awal pagi tadi telah berlangsung beberapa perlawanan pertama peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL). Antara perlawanan yang menjadi tumpuan adalah pertembungan Bayern Munich dengan gergasi England, Manchester United.

Perlawanan kumpulan A itu menyaksikan United rebah 4-3 di Allianz Arena. Gol-gol Bayern dijaringkan oleh Leroy Sane, Serge Gnabry, Harry Kane dan Mathys Tel. Rasmus Højlund berjaya menjaringkan gol pertama bersama United dan dua gol lagi dijaringkan oleh Casemiro.

Selepas perlawanan itu, penjaga gol sensasi United, Andre Onana meminta untuk bercakap. “Saya yang bertanggungjawab, saya punca United gagal menang hari ini dan saya jadikan ini sebagai pengajaran.”

BACA: Snapdragon Sah Jadi Penaja Logo Utama Jersi Manchester United Musim Depan

“Banyak saya perlu buktikan disini sebab sejujurnya permulaan karier saya di United tidak terlalu bagus. Saya punca pasukan kecewa,” tambah bekas penjaga gol Inter Milan itu.

Antara kesilapan yang jelas dilakukan Onana apabila gagal menampan kemas rembatan Leroy Sane hingga meneyebabkan Bayern menjaringkan gol pertama. Onana menyertai United pada jendela perpindahan baru-baru ini dengan yuran £47.2 juta (RM272 juta) dari Inter Milan.

Sejak menyertai United, Onana mencatat 14 bolos dalam 6 penampilan dan hanya mencatat satu clean sheet. Bersama Inter Milan musim lepas, Onana hanya bolos 36 gol dan mencatat 19 clean sheet dalam 41 penampilan libatkan semua kejohanan.

Sumber: Fabrizio Romano

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.