Siakap Keli
Cara Buat Sup Thai
Kredit: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

“Rasa Sebiji Macam Dekat Kedai,” Wanita Kongsi Cara Buat Sup Thai Jadi Sedap

“Rasa Sebiji Macam Dekat Kedai,” Wanita Kongsi Cara Buat Sup Thai Jadi Sedap

Pernah tak singgah ke kedai makan dan selepas balik rumah terngiang-ngiang rasa hidangan yang dipesan kerana terlalu sedap sehingga kedai tersebut dilabel sebagai ‘kedai kegemaran’? 

Kebiasaannya, makanan itu membuatkan kita teringat-ingat kerana tukang masak tersebut mempunyai kemahiran dalam bidang masakan ataupun mahir dalam memasak pelbagai sajian.

Antara masakan yang menjadi pilihan orang ramai ialah masakan dari negara Thailand, sebagai contoh, tom yam, sup thai dan lain-lain kerana rasa yang ada dalam masakan itu adalah sempurna, lebih-lebih lagi jika dipesan di kedai makan.

Kadang-kadang apabila mencuba untuk memasaknya di rumah, rasa hidangan itu tidak sama seperti kedai.

Tetapi jangan risau, kerana pengguna Facebook Hajal Aishah Zakirai berkongsi kepada orang ramai bagaimana nak buat sup thai yang sebiji seperti di kedai.

Kalau nak tahu, resipi tersebut telah mendapat perkongsian sebanyak 163,000 daripada orang ramai. 

Bukan sahaja ringkas, malah ia juga mudah untuk dimasak, jadi mari lihat resipi yang disediakan.

BACA: Tak Susah Pun, Ini Resipi Dan Tip Untuk Dapatkan Wantan Mi Kicap Yang Sedap

Resipi sup thai

Kredit: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bawang besar

Bawang putih

Daun limau purut

Serai 

Halia

Sup bunjut

Tomato

Daun ketumbar

Limau nipi (sebiji)

Sos ikan

Lobak merah

Saderi

Cara-caranya:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia yang telah ditumbuk bersama.

Kemudian masukkan bawang merah, serai daun limau purut dan sup bunjut. Tumiskan sehingga layu.

Kredit: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

Dah wangi bahan yang ditumiskan sebentar tadi, masukkan air dan sehingga mendidih.

Selepas itu, masukkan ayam atau daging yang dicuci bersih dan dihiris dengan nipis. Masak sehingga empuk.

Kredit: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

Masukkan sayur yang keras dahulu, iaitu lobak merah dan saderi.

Setelah itu, masukkan tomato, sedikit sos ikan dan limau nipis secukupnya.

Kredit: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

Masukkan garam dan secukup rasa sedikit. Biarkan reneh sekejap dan siap untuk dihidangkan. Jangan lupa untuk tabur daun ketumbar.

Sup tersebut juga boleh juga dinikmati bersama sambal belacan, timun jepun dan juga telur dadar.

Selamat mencuba!

Sumber: Hajal Aishah Zakirai/Facebook

Nurhanis

Sesuatu yang dilepaskan secara terpaksa, sakitnya tidak pernah sederhana