Siakap Keli
wantan mi kicap sedap
Kredit: @ezzuchang/TikTok

Tak Susah Pun, Ini Resipi Dan Tip Untuk Dapatkan Wantan Mi Kicap Yang Sedap

Tak Susah Pun, Ini Resipi Dan Tip Untuk Dapatkan Wantan Mi Kicap Yang Sedap

Sekiranya pergi ke restoran Cina Muslim, kita pasti akan membuat pesanan wantan mi kicap kerana cara penyediaannya berbeza di mana ia lebih sedap dan rasanya lebih asli.

Walaupun hidangan tersebut merupakan sajian Cina namun pada ketika ini ia turut menjadi makanan kegemaran orang Melayu.

Kadang-kadang kalau gemar sangat makan dengan hidangan itu, kita akan mencari resipi masakan tersebut untuk mencubanya di rumah.

Mari ikuti resipi yang dikongsikan oleh @ezzuchang di TikTok, bagaimana nak dapatkan wantan mi kicap yang mudah dan juga sedap.

BACA: Mudah Je Rupanya Nak Buat, Ini Resipi Nasi Ayam Claypot Sedap Macam Kat Kedai

Resipi wantan mi kicap

Bahan-bahan yang diperlukan:

Wantan mi

Pak Choy

Garam

Wantan

Minyak bijan atau minyak bawang

Sos char kuetiau

Kicap pekat

Sos ikan

Serbuk lada sulah atau bawang goreng

Cara-cara memasak:

Wantan mi jangan terus celur dalam air panas dan mendidih sebab nanti mi itu akan jadi berketul.

Letak atas pinggan dan leraikan mi tersebut. Pastikan jangan ada yang melekat antara satu sama lain.

Kredit: @ezzuchang/TikTok

Pastikan air betul-betul mendidih dan letak sedikit garam.

Masukkan sayur pak choy. Jangan lama sangat, sekejap sahaja kerana tidak mahu sayur itu terlebih masak kemudian boleh angkat.

Selepas itu, masukkan wantan mi dalam keadaan air mendidih dan mi tersebut juga didihkan sekejap sahaja, kemudian boleh tapis.

Basuhkan mi tersebut bersama air paip kerana tidak mahu mi itu kembang, jadi akan ada rasa kenyalnya di situ.

Jelasnya, tips tersebut membuatkan hidangan itu menjadi lebih sedap.

Setelah itu, goreng wantan yang dibeli di pasar raya sebanyak tiga ketul dan angkat setelah masak.

Langkah seterusnya, masukkan wantan mi di dalam pinggan dan boleh dilihat mi tersebut kenyal dan berada dalam keadaan yang baik untuk dimakan.

Tambah minyak bawang atau minyak bijan ikut mana yang ada di rumah dan saya gunakan minyak bawang dalam mi ini.

Kemudian, masukkan sos char kuetiau kira-kira dua sudu di dalam mi tersebut.

Tambah kicap pekat untuk membuatkan mi tersebut nampak lebih hitam dan pekat.

Masukkan sos ikan tetapi jangan terlalu banyak takut jadi terlampau masin dan gaulkan mi tersebut.

Kredit: @ezzuchang/TikTok

Seterusnya, susun pak choy di tepi pinggan bersama wantan goreng dan daun bawang di atas mi.

Akhir sekali, letakkan serbuk lada sulah dan kalau nak tambah bawang goreng pun boleh dan siap untuk dimakan.

Sekiranya ada cili jeruk dan sup kosong atau sup ayam makanan itu akan bertambah sedap.

@ezzuchang

Resepi & Tips Wan Tan Mee Kicap Yang Paling Simple Supaya Jadi Lebih Sedap? #fyp #foryoupage #ezzuchang #foryourpage #tiktokguru #oppazuzu #chinesefood #fattycrab #fattycrab🦀 #streetfood

♬ Pergi Tak Meninggalkan – ekhsan

Sumber: @ezzuchang/TikTok

Nurhanis

Mungkin tidak lagi menjadi penulis, tetapi jejakku masih di sini