Siakap Keli
dua lelaki bergaduh stesen minyak
Gambar: Bernama

Dua Lelaki Bergaduh Di Stesen Minyak Sedang Dikesan Polis

Dua Lelaki Bergaduh Di Stesen Minyak Sedang Dikesan Polis

KOTA BHARU — Dua orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan pintu masuk kedai sebuah stesen minyak di Kok Lanas Rabu lalu kini sedang dikesan oleh pihak polis, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, pergaduhan dipercayai berpunca akibat perselisihan faham antara kedua-dua suspek dalam insiden sekitar jam 11 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, video berkenaan telah dimuat naik oleh seorang individu di satu platform media sosial.

Pihaknya kemudian mengesan rakaman itu sekitar jam 10.30 pagi Sabtu.

“Video berdurasi 14 saat itu memaparkan dua lelaki sedang bertumbuk disaksikan beberapa pekerja stesen minyak berkenaan.

“Kedua-dua suspek berumur dalam lingkungan awal 20-an manakala seorang lagi lewat 30-an,” jelasnya dalam satu kenyataan semalam.

Tambah Mohd Rosdi, kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau dengan kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian, jelasnya.

Manakala mana-mana saksi kejadian diminta untuk memberi kerjasama dengan tampil membantu siasatan atau boleh menghubungi Inspektor Nur Rabiatul Nabilah Rebinor di talian 012-8772106 atau 09-7752200 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Gaduh Gara-Gara Permainan Video Dalam Talian

Terdahulu, seramai tujuh lelaki ditahan oleh pihak polis selepas disyaki memukul dua pemuda berumur 20an dalam satu pergaduhan, lapor Bernama.

BACA JUGA: Polis Tahan Lelaki Pegang Parang Ketika Pertengkaran

Difahamkan pergaduhan  berpunca daripada permainan video dalam talian Mobile Legend dalam kejadian di Telok Mas, Melaka.

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, perbalahan tercetus sewaktu pengadu bersama seorang rakan berada di sebuah stesen minyak.

Kemudian, sekumpulan lelaki datang bertindak memukul mereka.

Susulan kejadian, pengadu menerima 10 jahitan di dahi dan patah tulang hidung akibat dipukul dengan topi keledar.

“Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legend,” jelasnya.

Kesemua suspek berusia antara 16 hingga 28 tahun ditahan di Jalan Kota pada tengah malam hari kejadian.

Kes itu disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.

Sumber: Sinar Harian

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: