Terkini

Gaya hidup
Wanita Keliru Balas Pemberian Buah Limau, Jawapan Netizen Buat Ramai Tersentuh
Tip
Cara Paling Mudah, Hilangkan Batuk Berkahak Guna Bahan Semula Jadi Ni
Trivia
Bilik Panas Waktu Malam, Ini 5 Barang Wajib Ada Kurangkan Bahang
Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Tip
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
onana kunci kereta
Gambar: Eamonn and James Clarke

Tercicir Kunci Kereta, Onana Hangatkan Mulut Peminat United

Iqbal Yasir

Tercicir Kunci Kereta, Onana Hangatkan Mulut Peminat United

MANCHESTER — Penjaga gol Manchester United, Andre Onana sekali lagi mencuri tumpuan apabila kunci keretanya tercicir dari tangannya sewaktu ingin menaiki kenderaan itu di Lapangan Terbang Manchester.

Memetik The Sun, kejadian itu mencuri perhatian ramai memandangkan ia berlaku hanya beberapa jam selepas The Red Devils tewas 3-4 kepada Bayern Munich di Allianz Arena dalam saingan Liga Juara-juara (UCL) baru-baru ini.

Difahamkan insiden itu mencuri perhatian ramai selepas aksinya sebagai benteng terakhir United agak kurang memberangsangkan sehingga gawangnya dibolosi empat kali daripada gergasi Jerman tersebut.

Gambar: Eamonn and James Clarke

Penjaga gol kebangsaan Cameroon itu ‘terpaksa’ menghadapi ‘malam yang tidak dapat dilupakan’ selepas dia gagal menampan kemas rembatan pemain Bayern yang berjaya mendahului 2-0 seawal separuh masa pertama.

Justeru kejadian malang kunci keretanya tercicir dari tangan itu sangat menarik perhatian ramai, apatah lagi ia berlaku selepas United gagal meraih sebarang mata dalam penampilan pertama pentas UCL kali ini.

onana kunci kereta
Gambar: Eamonn and James Clarke

Bayern Munich VS Manchester United

Imbas kembali, pertemuan juara Bundesliga musim lalu bersama United di Allianz Arena tersebut menyaksikan tujuh jaringan terkumpul daripada kedua-dua pasukan.

Seawal minit ke-28, tuan rumah berjaya mengepalai perlawanan menerusi jaringan Leroy Sane selepas rembatannya gagal ditampan kemas Onana sebelum menerjah jaring United.

Tuan rumah sekali mengukuhkan kedudukan dengan jaringan Serge Gnabry apabila penjaga gol berusia 27 tahun itu hanya mampu melihat sahaja bola tersebut masuk ke gawangnya.

Bagaimanapun, United cuba memberikan respon apabila penyerang muda, Rasmus Holjund kembali merapatkan jurang dengan gol pertama United pada babak kedua dengan kedudukan 2-1.

Bagaimanapun kerapuhan benteng pertahanan United sekali dihukum dengan sepakan penalti Harry Kane selepas bola terkena tangan pemain tengah United, Christian Eriksen menjadikan kedudukan 3-1.

BACA JUGA: Snapdragon Sah Jadi Penaja Logo Utama Jersi Manchester United Musim Depan

Anak-anak buah Erik Ten Hag tidak berputus asa apabila mereka berjaya memperolehi gol seterusnya melalui pemain tengah Casemiro menjadikan kedudukan 3-2.

Malangnya kegembiraan United tidak lama apabila jurang gol itu kembali dipadam tuan rumah dengan gol keempat oleh Mathys Tel sekaligus mengunci kemenangan Bayern.

Dalam perlawanan seakan-akan berkesudahan dengan skor 4-2, Casemiro sekali lagi mencatat nama sebagai penjaring gol pasukan (2 gol peribadi) pada lewat masa kecederaan.

Wisel penamat ditiupkan menyaksikan Bayern hanya mampu meraih kemenangan tipis 4-3 ke atas United.

Saya Bertanggungjawab Atas Kekalahan United – Onana

Sementara itu, penjaga The Red Devil terbabit menyatakan kekalahan United adalah berpunca daripada kesilapannya dan dia bertanggungjawab sepenuhnya.

Dia berkata demikian selepas tamat perlawanan tersebut.

Gambar: Eamonn and James Clarke

“Selepas kesilapan saya, kami mula hilang fokus dalam permainan. Ia situasi yang sukar untuk kami, terutamanya bagi saya kerana mengecawakan pasukan. Kami tidak menang hari ini kerana saya,” katanya.

Ketika ditanya mengenai dirinya terhadap United, Onana menjawab, dia mempunyai banyak perkara yang perlu diibuktikan di sini.

Tambah lagi permulaannya bersama United tidak begitu memberangsangkan apabila bolos 10 gol dalam lima perlawanan pertama.

“Hari ini adalah antara perlawanan terburuk saya dan ia sukar. Kami mempunyai cita-cita besar dan peluang besar untuk bangkit. Meskipun sukar, kami akan belajar daripada kesilapan yang dilakukan,” katanya.

Walaupun beraksi kurang baik dalam perlawanan tersebut, keberanian yang ditonjolkan Onana dipuji sebahagian penyokong kerana dia mengakui kesilapannya.

Sumber: The Sun UK