Siakap Keli
Timun terberat dunia
Kredit Bournemouth News

Timun Milik Lelaki Ini Dinobatkan Sebagai Terberat Dunia

Timun Milik Lelaki Ini Dinobatkan Sebagai Terberat Dunia

Seorang petani di Britain berjaya menghasilkan sebuah timun seberat 13.6 kilogram yang direkodkan sebagai timun terberat di dunia, lapor The Sun.

Buah bersaiz gergasi berwarna oren sepanjang 4 kaki itu telah memecahkan rekod sebelumnya yang telah dibuat oleh David Thomas pada 2015 lalu.

Kejayaan itu merupakan yang kedua bagi petani Vince Sjodin selepas pernah memecahkan rekod dunia pada dua tahun lalu.

Sebelum ini dia pernah memecahkan rekod dengan menanam sebiji zukini seberat 114 kilogram.

Menurut Vince, sayur-sayurannya itu tumbuh begitu besar kerana udara yang segar di kebunnya yang terletak di Barry, di Vale of Glamorgan.

Selain itu, Vince juga memberitahu bahawa dia telah menggunakan ‘formula rahsia’ untuk tanamannya itu.

“Ia satu pencapaian yang hebat. Saya berbual dengan bekas pemegang rekod dunia David Thomas pagi ini dan dia kagum.

“Timun itu ditanam dalam buaian pada jaring perancah bagi membantu menampung beratnya,” kata Vince.

Sebelum rekod itu dicatatkan, dia mengalami kejadian mengejutkan selepas buah zukini gergasinya pecah akibat perubahan suhu di kebunnya.

Vince berkata, keluarganya telah menggelarkannya sebagai Vince the Veg (Vince si penanam sayur) selepas dia mula menanam timun itu pada Mei lalu.

Bagi menjaga sayurnya itu, dia akan menyiramnya setiap hari bagi memastikan pertumbuhan daun dan buahnya menjadi.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Lelaki Bakal Pecah Rekod Dunia, Berjaya Tanam Bawang Besar Seberat 8.9Kg

Seorang penanam sayur dari Guernsey berjaya memecahkan rekod bawang terberat di dunia dengan rekod seberat 8.9 kilogram di dalam Rekod Dunia Guinesss.

Bawang hasil tanaman Gareth Griffin yang mencecah 8.9kg telah itu berjaya menarik ramai orang di Pameran Bunga Musim Luruh Harrogate pada Jumaat lalu.

Bawang milik Griffin itu telah berjaya mengatasi rekod dunia pada sebelum ini yang mencatatkan berat sebanyak 8.4kg.

Griffin, 65, berkata bahawa dia telah menanam sayur itu dalam polytunnel di rumahnya yang terletak di La Villiaze.

Lampu tambahan dan sistem air automatik juga turut digunakan bagi membantu penjagaan tanaman itu.

Sumber: The Sun

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.