Siakap Keli
atlet lebih gembira pingat gangsa perak
Kredit: China Daily & AFP

Kajian Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Gembira’ Dari Pemenang Pingat Perak, Ini Alasannya

Kajian Dapati Pemenang Pingat Gangsa Lebih ‘Gembira’ Dari Pemenang Pingat Perak, Ini Alasannya

Tidak kira apa jua jenis kejuaraan atau temasya sukan sekalipun, setiap atlet pastinya menanam impian untuk membawa pulang pingat. Paling utama sudah tentu pingat emas, kan?

Pun begitu, adat setiap pertandingan ada kalah dan menangnya. Terkadang, nasib tidak berpihak kepada sesetengah atlet walaupun telah mencuba sehabis baik.

Bagi yang mendapat tiga tempat teratas pula iaitu sama ada membawa pulang pingat emas, perak atau gangsa, ia merupakan momen yang sangat bermakna dan akan menjadi kenangan terindah buat mereka.

Bagaimanapun dalam kajian Persatuan Psikologi Amerika, pemenang pingat gangsa cenderung untuk tampil lebih gembira berbanding pemenang pingat perak.

Bagaimanapun, ‘kegembiraan’ yang dirasai oleh mereka sebenarnya mungkin berbeza.

atlet lebih gembira pingat gangsa perak
Gambar hiasan | Kredit: The Japan Times

Penolong Profesor Universiti Iowa, Andrea Luangrath berkata, kajian mereka mendapati pemenang pingat gangsa lebih cenderung mengekpresikan kegembiraan mereka selepas acara tamat.

“Sudah tentulah pemenang pingat emas yang paling bahagia tetapi ia berlawanan dengan pemenang pingat perak yang dilihat agak sedih walaupun berada di tempat kedua terbaik,” katanya.

Mengapa keadaan seperti itu berlaku?

Sebelum ini, perkara berkenaan pernah dianalisis oleh pakar pada 1995. Kemudian, Andrea dan rakan-rakannya sepakat menjalankan kajian bagi mencari jawapan kenapa perkara itu berlaku.

Mereka juga ingin tahu kenapa pemenang pingat perak biasanya kelihatan sedang bersedih walaupun berusaha memberikan senyuman.

Menerusi kajian itu, mereka mengetengahkan teori bahawa atlet-atlet kelas dunia melihat kemenangan melalui standard perbandingan yang berbeza.

“Pemenang pingat perak lebih cenderung memikirkan dan membandingkan diri mereka dengan pemenang pingat emas itu,” katanya.

Jelasnya lagi, pemenang pingat perak mempunyai satu tanggapan atau ‘penyesalan’ di dalam diri mereka. Atlet-atlet ini merasakan bahawa mereka boleh mendapatkan pingat emas jika melakukan sesuatu yang berbeza dan luar biasa.

Berbeza pula dengan pemenang pingat gangsa, mereka sebenarnya membuat perbandingan ke bawah.

“Mereka fikir sekurang-kurangnya mereka bukan pemenang tempat keempat, paling tidak tetap dapat pingat gangsa,” ujar Andrea lagi.

Ini kerana, dalam acara tertentu misalnya bola sepak atau badminton dimana hanya dua wakil layak ke final, pingat perak diperolehi selepas tewas dalam perebutan tempat pertama.

Manakala pingat gangsa diperolehi selepas memenangi penentuan kedudukan ketiga dan keempat.

Dengan bahasa mudahnya, pingat perak diperolehi selepas ‘kalah’, sedangkan gangsa diperolehi selepas ‘menang’.

Teori itu disokong melalui susunan pangkalan data gambar-gambar pemenang di podium dari lima edisi sukan Olimpik sejak tahun 2000.

Semua gambar itu telah disiarkan melalui perisian yang direka untuk ‘membaca’ wajah, ia dapat membezakan antara seseorang yang senyum untuk menutup kekecewaan atau yang benar-benar tersenyum.

Teori kedua pula menjelaskan bahawa pemenang pingat perak mungkin menyertai pertandingan dengan harapan agar mereka mempunyai prestasi yang lebih baik.

Justeru, apabila mereka tidak memenuhi ramalan tersebut, ia dapat mempengaruhi mood mereka selepas pertandingan.

Sementara itu, pemenang tempat ketiga pula biasanya mencapai kejayaan lebih daripada apa yang dijangkakan.

atlet lebih gembira pingat gangsa perak
Gambar hiasan | Kredit: Sustainability Report

Andrea berkata, perkara berkenaan dibuktikan melalui analisis kepada pasukan gimnastik Britain dalam Sukan Olimpik yang lalu.

Pasukan itu pada awalnya ketinggalan dengan mendapat mata yang rendah tetapi mereka berjaya bangkit mengalahkan Itali.

Kemenangan yang tidak disangka-sangka itu telah memberikan pingat gangsa kepada Britain yang sudah ketandusan pingat dalam acara itu hampir satu abad. Kegembiraan jelas terpancar pada wajah atlet-atlet ini apabila berjaya membawa pulang pingat tersebut.

“Kami semua terkedu. Kami telah mencipta sejarah dan mendapat pingat,” kata Amelie Morgan, salah seorang daripada empat atlet gimnastik ketika ditemu bual The Independent.

BACA: Ada Tupat Sotong, Beef Skewer & Banyak Lagi, Lelaki Nekad Jual Lokching Lain Dari Yang Lain

Sumber: NPR

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma