Siakap Keli
gangguan air kl
Kredit BERNAMA

Tiga Kawasan Dalam Wilayah KL Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 12 Oktober Ini

Tiga Kawasan Dalam Wilayah KL Bakal Alami Gangguan Bekalan Air Bermula 12 Oktober Ini

Air Selangor pada hari telah mengeluarkan satu pengumuman berkaitan pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan aset di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Langat.

Justeru, gangguan bekalan air berjadual di Wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan terjadi bermula 9:00 pagi pada 10 Oktober depan.

Bagaimanapun, kerja-kerja ini dijangka akan siap sepenuhnya pada jam 7:00 malam hari yang sama.

Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat setelah kerja-kerja penyelenggaraan siap.

“Bekalan air dijangka akan mula disalurkan kepada para pengguna secara berperingkat-peringkat setelah kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan siap. Seterusnya apabila sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan,” tulis Air Selangor.

Difahamkan, bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada jam 12:00 tengah hari pada 12 Oktober 2023.

Di bawah adalah lokasi kawasan yang akan mengalami gangguan bekalan air berjadual:

Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X
Kredit X

Susulan masalah gangguan itu, Air Selangor juga akan menggerakkan lori tangki air ke kawasan yang terjejas.

Keutamaan akan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Tambah kenyataan itu, bagi pelanggan komersial, bekalan air terawat boleh dibeli di mana-mana kaunter khidmat pelanggan di seluruh wilayah Air Selangor.

Pelanggan komersial juga boleh menggunakan khidmat lori tangki air masing-masing di dua stesen pengisian air.

BACA: Ramai Belum Tahu, Ni Cara Nak Dapat Minyak ‘Free’ Setahun Dari Petronas

Stesen itu dikakatakan bakal dibuka di Sunway Batu Caves dan Selayang Mutiara.

Sehubungan dengan itu, Air Selangor juga menasihatkan orang ramai untuk menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Air Selangor juga menasihatkan pelanggannya yang bakal terjejas untuk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakannya secara berhemah.

Untuk maklumat dari semasa ke semasa, pelanggan Air Selangor boleh melawat laman rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter. Pelanggan juga boleh menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Sumber: X/Air Selangor

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka