Penyanyi “Rapper” Bertatu Dari Thailand Ucap Dua Kalimah Syahadah Tular Di Media Sosial
Sebuah video yang memaparkan seorang penyanyi rapper Thailand yang dikenali sebagai Rahboy (RB) mengucapkan dua kalimah syahadah tular di media sosial.
Menerusi perkongsian video yang dibuat oleh pengguna TikTok @themuslimuniverse, Rahboy atau RB dilihat mengucapkan kalimah itu dihadapan seorang lelaki.
Berdasarkan video muat naik tersebut, RB dilihat memakai pakaian serba hitam duduk bersila di hadapan seorang lagi lelaki berbaju putih dan memakai kopiah.
Lelaki itu kemudiannya membacakan syahadah sambil diikuti oleh RB berserta dengan maksudnya dalam bahasa Thailand.
Apa yang lebih menarik, lelaki yang mengajar RB juga dilihat memiliki tatu di beberapa bahagian badan dan mukanya.
“Rahboy (RB) Rapper penuh tatu dari Thailand ini memutuskan untuk memeluk Islam. Biasanya memakai rantai leher salib, kini dia memilih untuk memakai kopiah,” tulis kapsyen muat naik video tersebut.
Bagaimanapun, bila dan dimana lokasi beliau mengucapkan kalimah syahadah itu tidak dinyatakan oleh perkongsian video tersebut.
Muat naik itu seterusnya telah mengundang pelbagai komen positif daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Hidayah milik Allah, bila Allah berkehendak walau siapa pun dan walau sebaik atau sejahat manapun seseorang itu, tiada yang boleh menghalang Hidayah Allah,” tulis seorang netizen.
“Walaupun ada tatu, air muka dia tenang dan bersih,” tulis seorang netizen yang memuji RB.
“Alhamdulillah, semoga terus istiqomah. Semoga dipermudahkan,” tulis seorang netizen yang mendoakan urusan RB dipermudahkan.
@themuslimuniverse “Rahboy (RB)” Rapper penuh tatto asal thailand ini memutuskan untuk masuk islam, biasa menggunakan kalung salib kini ia memilih berpeci #masukislam #mualaf #duniaislam #mualafmasukislam #islam #rahboy #thailand #rapper
Atlet Boling Wanita Negara Peluk Islam, Tertarik Tengok Rakan Muslim Mengerjakan Ibadah
Nerosha Keligit Thiagarajan, atlet boling wanita negara pada hari ini telah selamat melafazkan dua kalimah syahadah dan menjadi saudara Islam yang baharu, lapor Sinar Harian.
Lafaz itu telah dilakukan Nerosha di Bilik Hidayah, Ibu Pejabat Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Kebangsaan.
BACA: Donald Trump Tipu Penyata Kewangan – Hakim Mahkamah New York
Menurutnya, dia tertarik dengan Islam selepas sudah terbiasa dikelilingi dengan rakan-rakan Muslim yang taat mengerjakan ibadah agama Islam.
“Saya mempercayai dan meyakini dengan keesaan ALLAH SWT,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook Perkim.
Sumber: TikTok/@themuslimuniverse