Siakap Keli
bukit bintang berselawat
Kredit TikTok/@adibacesnour

“Bukit Bintang Berselawat,” Orang Ramai Meriahkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Di Ibu kota

“Bukit Bintang Berselawat,” Orang Ramai Meriahkan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Di Ibu kota

Tanggal 12 Rabi’ al-Awwal adalah merupakan tarikh penting bagi semua umat Islam di atas muka bumi ini, di mana baginda Nabi Muhammad SAW telah dilahirkan.

Tarikh yang sama setiap tahun dalam kalendar Islam atau Hijrah merupakan salah satu peristiwa yang disambut dengan meriah.

Pada tarikh ini, umat Islam disunatkan untuk memperbanyakkan zikir dan memuji Rasulullah SAW.

Justeru, ramai tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan itu dengan dendangan alat muzik tambahan bagi memuji Rasulullah.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang memaparkan perarakan Maulidur Rasul yang disambut di depan Bukit Bintang.

Perkongsian yang dibuat oleh @adibacesnour menunjukkan orang ramai berarak sepanjang jalan di hadapan bukit bintang sambil berselawat.

Perarakan itu dipercayai telah dilakukan oleh orang ramai pada malam tadi bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada hari ini.

Berdasarkan video itu, orang ramai dilihat berpusu-pusu dalam berkumpulan lelaki dan perempuan berarak sambil berselawat memuji Rasulullah SAW.

Kredit TikTok

Selain itu, orang ramai yang berada di tepi laluan perarakan itu juga dilihat memberi bunga mawar merah kepada peserta-peserta perakan tersebut.

Perarakan turut diiringi dendangan peralatan muzik tradisional

Selain berselawat, perarakan itu juga diiringi dengan dendangan muzik tradisional seperti seruling, gendang dan macam-macam lagi.

Kredit TikTok

“Bukit Bintang berselawat,” tulis muat naik video perkongsian tersebut.

Orang ramai berdekatan lokasi juga tidak ketinggalan untuk merakamkan perarakan itu sebagai tanda kenangan buat mereka.

Perkongsian itu telah mengundang reaksi komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Alhamdulillah, sambutan di ibu kota Kuala Lumpur. Semoga penuh barakah,” tulis seorang netizen.

Alhamdulillah. Teringat zaman sekolah, zaman kanak-kanak, seronok berarak ramai sambil berselawat,” tulis seorang netizen mengimbas memori lama. 

“Allahamdullilah. Semoga Malaysia dilimpahkan rahmat dan berkah,” tulis seorang netizen yang berdoa agar Malaysia kekal dirahmati.

@adibacesnour

#bukitbintangberselawat #salammaulidurrasul #kualalumpur

♬ original sound – Adib Arshad – Adib Arshad

Sumber: TikTok/@adibacesnour

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.