Fenomena Matahari Bertukar Jadi Warna Biru Gemparkan Penduduk Britain
Pemerhati langit di seluruh Britain gempar selepas mendapati matahari telah bertukar menjadi biru, lapor Daily Mail.
Foto fenomena aneh itu telah membanjiri laman X dengan seorang pengguna yang kebingungan menulis: “Astaga tidak pernah saya melihat matahari biru sebelum ini!”
Bagaimanapun, fenomena ganjil itu bukanlah sebagai petanda tidak baik, malah terdapat penjelasan di sebalik fenomena tersebut.
Peminat astronomi di Britain terkejut pada pagi Khamis apabila mereka melihat matahari menjadi biru
sekali gus gambar ganjil itu tular di aplikasi X.Lapor portal Mailonline, sebilangan netizen membincangkan fenomena ganjil tersebut yang dipercayai jarang berlaku.
"Tidak… pic.twitter.com/RlBm3xCbZG
— SinarHarian (@SinarOnline) September 29, 2023
Dan Harris, Timbalan Ketua Peramal Cuaca di Pejabat Met menjelaskan bahawa ia terjadi disebabkan pengaruh westerly terhadap cuaca.
“Kita mempunyai pengaruh westerly yang kuat terhadap cuaca pada masa ini dan ini boleh membawa udara dari Amerika Utara ke Eropah dalam sistem cuaca.
“Udara ini mengandungi asap dari kebakaran hutan di Kanada. Gabungan asap dan awan tinggi di atmosfera boleh menyerakkan cahaya matahari, seterusnya mewujudkan anjakan warna yang luar biasa,” kata Harris.
BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin
Selain itu, seorang penyampai cuaca ITV yang dikenali Chris Page turut menjelaskan apa yang sedang berlaku sebenarnya.
“Dapat banyak soalan mengenai matahari kelihatan biru yang menakutkan hari ini. Ia adalah asap yang meresapkan cahaya matahari dan ditarik merentasi Atlantik dari Amerika Utara kerana Ribut Agnes,” kata Page.
Getting lots of questions regarding the sun looking an eerie blue today.
It’s the power of wildfire smoke diffusing the sunlight which has been pulled across the Atlantic from the North America because of #StormAgnes pic.twitter.com/5NLDHrAV5U
— Chris Page – Weatherman (@ChrisPage90) September 28, 2023
Tambahnya, setiap warna yang dilihat mempunyai gelombang yang berbeza.
“Violet mempunyai gelombang terpendek, sekitar 380 nanometer, dan merah mempunyai gelombang terpanjang sekitar 700 nanometer,” jelas NASA pula.
Semasa ia mendekati Bumi, cahaya matahari secara semula jadi bertaburan melalui zarah di udara seperti habuk dan asap.
Yellow sun to blue sun this morning #StormAgnes pic.twitter.com/JdcwsRmlPH
— Sheffield WeatherCam (@craig_sheff_9) September 28, 2023
Lebih pendek panjang gelombang, lebih mudah untuk cahaya diserakkan.
Ini juga menjelaskan kejadian mengapa langit berwarna biru dan bukannya warna-warna yang lain.
Lebih banyak asap di atmosfera seperti yang berlaku selepas kebakaran hutan di Kanada akan membolehkan lebih banyak serakan berlaku.
— Chris Chandler (@newswithchris) September 28, 2023
Pada tahun 1950, matahari kelihatan biru di atas bandar di Ontario berikutan ribut api yang berlaku di Chinchaga.
Di mana, ia merupakan salah satu kebakaran besar yang pernah direkodkan di Amerika Utara.
Sumber: Daily Mail