“Pelakon Utama Sengal Habis,” Drama Baru Viu Ni Buat Ramai Tak Kering Gusi, “30 Minit Asyik Gelak Je”
Seperti sedia maklum, zaman sekarang, persaingan dalam pasaran kerja semakin meningkat. Oleh itu, ramai yang sanggup melakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kerjaya idaman masing-masing.
Yelah, bukan senang nak dapatkan kerja yang memang ‘kena’ dengan minat dan passion kita. Faktor seperti suasana pekerjaan kerja, bayaran gaji, rakan kerja dan sebagainya juga mempengaruhi produktiviti kerja.
“Sepuluh kerja yang dipohon, mungkin satu yang kena dengan jiwa”
Sekiranya kita telah menjumpai kerjaya yang diminati sendiri, apa salahnya untuk diperjuangkan posisi tersebut?
Situasi ini samalah seperti seorang influencer wanita ini yang sanggup menipu ketika sesi temuduga (interview) kononnya dia pandai berbahasa Jepun.
Bukan itu sahaja, dia sanggup menjelajah ke negara Jepun semata-mata untuk mempertahankan kerjayanya sahaja, termasuk melakukan tugas rahsia.
Kalau korang berada di tempat tu, korang sanggup tak?
Karmila Azad atau dikenali dengan panggilan Karma, seorang individu yang berperwatakan lucu mempunyai kerjaya sebagai pembantu peribadi, penterjemah bahasa dan pempengaruh.
Meskipun cantik rupa paras, Karma tidak fasih bertutur dalam bahasa Jepun dan sebagai peminat Bianca Rozario, dia berusaha untuk menutup segala penipuan itu demi kerjaya yang diminatinya.
Bercakap soal sosok tubuh ini, Karma adalah watak utama dalam sebuah drama baharu terbitan Viu Original “From Saga With Love” tau.
Disebabkan min dah tengok dua episod daripada drama ni, min nak buat sedikit review pasal drama ni.
Kalau korang tengok poster pun dah nampak menarik dengan latar belakang bunga sakura yang berwarna merah jambu dan reka bentuk bangunan dari negara matahari terbit itu. Untuk pengetahuan korang, genre drama ni adalah Romantik, Komedi dan Persahabatan tau.
Jarang drama Melayu yang memasukkan elemen romantik dan komedi dalam satu drama. Min biasa jumpa dalam elemen ni dalam drama Korea je.
From Saga With Love
“Drama ini mengisahkan tentang Karma, seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahsia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar. Dia perlu melakukan segala yang mampu untuk memegang jawatannya, sambil terikat dengan tugasan rahsia daripada ibu Bianca, Kathy untuk mengetahui kisah percintaan Bianca. Dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham menambah lagi masalah dan huru-hara kejadian di Saga.”
Dapatkah Karma menyelesaikan tugas atau rahsianya bakal terbongkar? Jom ketahui kesudahan drama ini.
Review From Saga With Love
Baca sinopsis sahaja pun dah ‘tercatch feeling’ apatah lagi bila dah menonton drama ini. Sebab tu min nak kongsikan review sikit tentang drama From Saga With Love.
Permulaan kisah ini memperkenalkan Karma (Siti Khadijah Abdul Halim) hadir ke pejabat ibu Bianca, Kathy untuk menghadiri sesi temu duga pemilihan pembantu peribadi anaknya, Bianca Rozario (Sophia Albarakbah) yang bakal ke Saga, Jepun untuk pengembaraan di sana.
Menariknya dalam cerita ni, min terhibur dengan perwatakan Karma yang ‘yakin’ memperdaya Kathy bahawa fasih dalam bahasa Jepun hingga berjaya dipilih.
Tapi tak sangka pula lepas dapat job yang didambakannya, Karma dalam senyap perlu menjalankan misi rahsia dari ibu Bianca, Kathy iaitu memastikan sama ada Bianca bercinta atau tidak dengan Bob (Fimie Don).
Sebelum flight ke Saga berlepas, min terhibur teruk sebab apa? Ragam Karma yang nak majlis perkahwinan Angahnya (Sharifah Amani ) ‘habis cepat’ sampai huru-hara dibuatnya.
Sewaktu dalam flight ke Jepun, min tersentuh hati tengok Bob yang sentiasa treat Bianca seperti princess dan dalam masa yang sama act like a friend. Fuhh susah nak tipu perasaan sendiri.
Sewaktu tiba di Jepun, penipuan Karma hampir terbongkar gara-gara terpaksa menterjemah bahasa negara matahari terbit itu kepada Bianca dan Bob.
Kadang-kadang perangai Karma ni buat min stress tau sebab yelah sanggup berlakon buat-buat faham bahasa Jepun semata-mata nak kejar impiannya.
Bukan tu je, bayangkan dah pergi negara orang pun duit ringgit Karma tak tukar. Nasib baik la ada Sham (Ikmal Amry) waktu tu tolong bayarkan.
Keesokan harinya, Karma, Bianca dan Bob ke sebuah pengusaha tembikar terkenal di Saga, Master Akiro.
Sampai sini min pun berdekah sebab punyalah yakin Karma ‘acah’ faham sebagai penterjemah sampai tuan kedai tu pun naik hairan. Di tempat ini, mereka bertiga bertemu dengan Sham yang bekerja dengan Master Akiro.
Tapi sewaktu mereka berempat ada dekat kedai ni, min cair dibuatnya di mana babak Sham bantu Bianca buat tembikar.
Karma yang menipu Bianca dan Bob ternyata dah kantoi dengan Sham sebab dia fasih dan boleh bertutur dialek Jepun dengan lancar. Sampai satu tahap Sham sendiri tak tahan dan nak bagitahu Bianca yang pembantunya seorang penipu.
Karma yang cuak Sham akan kantoikan dia, dia cuba ‘suap’ dengan gaji sedikit tapi ditolak mentah.
Overall untuk episod permulaan ni min bagi lima bintang, sebab apa? Sebab semua pelakon menjiwai watak masing-masing. Memang superb habis. Kadang-kadang min sampai tersenyum sorang tengok sweet scene dalam drama ni tau.
Bukan tu je, min terhibur dan annoying dengan sikap Karma. Jadi tak hairanlah From Saga With Love ni ramai yang cadangkan untuk tonton di Viu kerana memaparkan nilai persahabatan, romantik dan penuh kelakar.
Pecah Perut Netizen
Bila baca je sinopsis dengan review dua episod ni, confirm korang dah boleh agak macam mana reaksi netizen. Rata-rata netizen terhibur tengok perwatakan Karma yang penuh dengan benda unexpected.
Jadi, tunggu apa lagi. Korang boleh tengok drama From Saga With Love dengan dua episod setiap hari Khamis di Viu. Drama ini mempunyai 10 episod je tau. Nak tahu dengan lebih lanjut, jom tonton sekarang di sini.