Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR, 29 September 2023 – Sejajar dengan kempen MYJalan yang antara lain dilaksanakan bagi memberi kemudahan kepada pengguna jalan raya, sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) telah dilancarkan secara rasmi oleh Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya hari ini bertempat di Plaza Tol Loke Yew, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).
SPT merupakan inisiatif Kementerian Kerja Raya (KKR), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuh Raya ke arah memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya membuat bayaran tol menggunakan kad debit, Kad kredit dan Kad prabayar yang mempunya logo MyDebit, Visa atau Mastercard, sekaligus memberi alternatif baharu kepada kaedah pembayaran tol sedia ada menggunakan kad Touch ‘n Co, Smart Tag dan Radio Frequency /dentification (RFID).
Lorong SPT telah dibuka kepada pengguna semasa Ujian Rintis Awam secara berperingkat di lebuh raya – lebuh raya terpilih mulai 3 Ogos 2023 bagi menguji kefungsian dan keberkesanan Sistem.

Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA);
Lebuhraya Baru Pantai (NPE);
Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH);
Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE);
Lebuhraya Damansara – Puchong (LDP);
Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (SPRINT);
Lebuhraya Shah Alam (KESAS);
Sistem Pengurusan Air Banjir dan Terowong (SMART);
Lebuhraya Kuala Lumpur – Putrajaya (MEX);
Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE); dan
Lebuhraya Kulim – Butterworth (BKE).
Pelaksanaan SPT di Jambatan Pulau Pinang (JPP) dijangka akan bermula pada penghujung tahun 2023 bagi membolehkan penelitian dan perincian lanjut dibuat oleh syarikat konsesi demi kemudahan pengguna lebuh raya. Pengurusan PLUS Malaysia Berhad telah diminta untuk menyegerakan pelaksanaan SPT ini agar pengguna JPP dapat menggunakannya pada penghujung tahun ini.
Pengguna dikehendaki mengaktifkan ‘contactess payment’ bagi kad debit/kad kredit/kad prabayar yang akan digunakan;
Pengguna perlulah memilih lorong yang betul, yang mempunyai logo MyDebit,
Visa atau Mastercard pada papan tanda lorong;
Pengguna dikehendaki memastikan kad yang digunakan adalah sah dan baki kad debit/kad kredit mencukupi sebelum digunakan untuk pembayaran tol;
Sekiranya transaksi menggunakan kad bank gagal, pengguna hendaklah menggunakan kad bank lain ataupun kad Touch ‘n Go yang mempunyai baki mencukupi; dan
Menyentuh kad pada bahagian yang ditetapkan di terminal SPT yang diletakkan bersebelahan terminal Touch ‘n Go bagi memastikan kelancaran pembayaran tol secara SPT.

Menteri Kerja Raya hari ini turut berpeluang merasai pengalaman sendiri dengan memandu dan melalui Lorong SPT. Turut hadir sama adalah Datuk Seri Jalaluddin bin Alias, Pengerusi LLM, Dato’ Zahrul Hakim Bin Abdullah, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Pembangunan) KKR, Ir. Sazali bin Harun, Ketua Pengarah LLM, Datuk Zakaria bin Ahmad Zabidi, Presiden Persatuan Syarikat-Syarikat Konsesi Lebuhraya Malaysia (PSKLM) dan Pn. Wan Salwani binti Wan Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif, Lebuhraya Sungai Besi (BESRAYA).
Kerajaan juga berharap agar SPT yang dilancarkan ini dapat memberi kemudahan kepada pengguna lebuh raya dengan menyediakan pelbagai alternatif baharu pembayaran tol, di samping membantu melancarkan transaksi pembayaran tol sedia ada.