Siakap Keli
Anjing bawa lari bola
Kredit TikTok/@espndeportes

Anjing Comel Ceroboh Perlawanan Bola Sepak, Bawa Lari Bola Keliling Padang

Anjing Comel Ceroboh Perlawanan Bola Sepak, Bawa Lari Bola Keliling Padang

Satu video yang memaparkan aksi seekor anjing menceroboh padang lalu merampas bola menggunakan mulutnya tular di media sosial.

Video tersebut telah dikongsikan oleh ESPN Deportes menerusi muat naiknya di laman TikTok.

Memetik Gulf Today, kejadian anjing yang menceroboh itu telah terjadi semasa perlawanan Liga Mexico di Mexico.

Dalam klip video tersebut, anjing itu dilihat tiba-tiba muncul di padang semasa perlawanan antara Dorados de Sinola dan Albergue de Oaxaca.

Menerusi video itu lagi, anjing tersebut kemudiannya mengambil bola yang dilontar oleh penjaga gol menggunakan mulutnya.

Kredit TikTok

Anjing itu seperti mengajak penjaga gol itu untuk bermain dengannya semasa perlawanan masih lagi sedang berlangsung.

Haiwan itu kemudiannya mengambil bola itu menggunakan mulutnya dan membawanya di sekeliling padang.

Kredit TikTok

Disebabkan pencerobohan itu, pasukan keselamatan telah memasuki padang dan cuba menangkap anjing tersebut.

Semasa kejadian kejar-mengejar itu, penonton yang memenuhi ruangan stadium bersorak dengan bersemangat melihat anjing itu yang cekap melarikan diri daripada ditangkap.

Salah seorang pemain akhirnya berjaya menangkap anjing itu dan mengambil bola tersebut sebelum ia dibawa keluar dari padang.

Klip video itu telah dikongsi di pelbagai platform media sosial dan mendapat komen reaksi yang pelbagai.

BACA: “Tak Tahu Boleh Dapat RM500” Lelaki Bongkar ‘Rahsia’ Bayaran Kat Cashier Mydin

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Bagi dia bola itu, dia layak untuk mendapatkannya,” tulis seorang netizen yang bergurau.

“Biarkan anjing itu jaringkan gol,” tulis seorang lagi netizen yang bergurau ekoran kejadian itu.

“Hey manusia, biar saya bermain. Saya datang dan saya sudah bersedia,” tambah seorang lagi netizen yang melihat aksi itu sebagai bahan jenaka.

Comel, Gelagat Mak-Mak Pegang “Hanger” Panggil Anjing Peliharaan Balik Rumah Undang Tawa

Terbaru, gelagat seekor anjing yang comel ini telah berjaya mencuri perhatian pengguna media sosial.

Perkongsian muat naik sebuah video yang menunjukkan seekor anjing comel cuba berlari masuk ke rumah tuannya telah menarik perhatian penonton.

Muat naik video itu telah dibuat oleh @fttinnabilh di akaun TikTok miliknya pada hari ini.

Tunggu balik sambil pegang ‘hanger’

Yang lebih menarik ialah aksi pemilik haiwan itu yang menunggu di hadapan rumah sambil memegang ‘hanger’ telah menjadi bualan utama netizen.

Video berdurasi 14 saat itu pada awalnya menunjukkan seorang wanita lingkungan awal 40-an dilihat seperti menunggu seseorang sambil memegang penyangkut baju.

Ternyata wanita itu bukan menunggu seseorang, sebaliknya sedang menunggu anjing peliharaannya yang telah keluar untuk pulang ke rumah seakan ibu menunggu anak kecil balik.

@espndeportes

¡Olé… Olé! 🐶⚽✨

♬ original sound – ESPN Deportes – ESPN Deportes

Sumber: Gulf Today, TikTok/@espndeportes

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka