Siakap Keli
lelaki adopt kucing bobcat
Kredit TikTok/@lovelypet_321

Ingatkan “Adopt” Kucing Biasa, Lelaki Tak Sangka Kucing Dibela Sebenarnya Kucing Spesis “Bobcat”

Ingatkan “Adopt” Kucing Biasa, Lelaki Tak Sangka Kucing Dibela Sebenarnya Kucing Spesis “Bobcat”

Kucing adalah merupakan haiwan peliharaan yang comel dan bersifat manja.

Kebiasaannya, kucing dipelihara bagi menjadi peneman dikala kesunyian atau bagi tujuan hiburan.

Kucing domestik bersaiz kecil atau sederhana berbanding kucing liar yang hidup di alam liar dan memburu untuk mendapatkan makanan.

Kisah kucing liar dijadikan sebagai haiwan peliharaan bukanlah perkara asing pada waktu ini.

Namun untuk memelihara kucing jenis ini memerlukan lesen dan penjagaan yang lebih rapi kerana mereka bersifat garang dan liar.

Selain itu, tidak semua kucing liar juga boleh dipelihara di rumah ekoran beberapa spesis haiwan itu mula terancam.

Berbeza dengan lelaki ini yang menjumpai baka kucing liar ini secara tidak sengaja sedang memakan ayam peliharaannya.

Perkongsian itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok yang menggunakan nama @lovelypet_321.

Berdasarkan perkongsian tersebut, pada awalnya lelaki itu hanya menyangka kucing yang ditemuinya itu sebagai baka kucing domestik yang kelaparan.

Kredit TikTok

Bagaimanapun, setelah meningkat dewasa, kucing itu telah menunjukkan perubahan tubuh badan dan ciri seperti kucing liar.

Kredit TikTok

Dia yang kasihan dengan haiwan itu kemudiannya telah mengambil kucing itu dan menjadi haiwan peliharaannya yang baharu.

Menurut perkongsian itu, kucing tersebut sangat agresif dan ganas ketika bermain dan didekati.

Ternyata setelah dewasa, kucing itu telah dikenal pasti sebagai kucing liar dari keluarga ‘Bobcat’.

Kucing yang hidup di alam liar dan memburu mangsanya seperti kucing besar singa dan harimau.

Perkongsian video itu telah mendapat komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut. Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Saya pernah memelihara bobcat sehingga ia berumur lima bulan. Dia sangat liar dan jelas alam liar adalah tempat di mana ia sepatutnya berada,” tulis seorang netizen yang berkongsi pengalamannya.

“Saya tidak pasti, tapi saya fikir ia adalah haiwan liar. Boleh jadi saya salah,” tulis seorang netizen.

“Wehh bobcat dipelihara di dalam rumah,” tulis seorang netizen yang terkejut apabila melihat lelaki itu memelihara kucing itu di dalam rumah.

@lovelypet_321

The uncle adopted a cat who had stolen a chicken. As it grew up, it became more and more domineering.#fyp #foryou #cutepet #funnypet#cat #catsoftiktok

♬ Good Life – OneRepublic

Sumber: TikTok/@lovelypet_321

Syed Faisal Sayed Muhammad

Kehidupan itu laksana tenunan yang bersambung menjadi kata- Hamka

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: