Siakap Keli
cara mata skuasy
Gambar: BERNAMA

Sumbang Emas Ketiga Malaysia, Ini Cara Skuasy Dimainkan & Mata Dikira

Sumbang Emas Ketiga Malaysia, Ini Cara Skuasy Dimainkan & Mata Dikira

Kontinjen Malaysia di Sukan Asia 2023 terus memberi berita gembira apabila skuasy menyumbang emas ketiga untuk negara melalui acara wanita berpasukan.

Seperti yang semua sedia maklum, skuasy merupakan satu sukan yang amat popular di Malaysia, khususnya sepanjang legenda negara, Datuk Nicol Ann David beraksi.

Beliau bergelang pemain wanita nombor satu dunia untuk tempoh yang agak lama. Sepanjang tempoh berkenaan, beliau menyumbang pelbagai kejuaraan untuk negara, khususnya di pentas Sukan Asia dan Kejohanan Dunia.

Jadi, emas ketiga daripada sukan skuasy sememangnya sesuatu yang dinanti dan diraikan oleh seorang warga Malaysia.

Begitu pun, anda sudah tentu tertanya-tanya, bagaimana sukan ini dimainkan dan matanya dikira, kan? Jadi kali ini kami ingin berkongsi dengan anda serba sedikit mengenai permainan ini.

Sejarah sukan skuasy

Permainan ini berasal dari England dan dipercayai sudah wujud sejak awal abad ke-19. Bermula daripada saat itu, sukan ini terus berkembang dan dimainkan secara amatur mahupun profesional.

Biarpun sukan ini belum disenaraikan dalam Sukan Olimpik, namun Skuasy sudah menjadi acara tradisi dalam Sukan Asia dan Sukan Komanwel. Malah, sukan ini juga ada kejohanan dunianya yang sendiri yang mula dipertandingkan sejak pertengahan 70-an.

Gelanggang skuasy yang berbentuk petak & cara mata dikira

Skuasy mempunyai gelanggang terdiri daripada dua dimensi, iaitu untuk acara perseorangan dan acara beregu. Bagi acara perseorangan, dimensi gelanggang skuasy adalah 9.75m x 6.4m, manakala bagi acara beregu pula adalah 13.72m x 7.62m.

Gelanggang ini pula dikelilingi empat dinding di setiap sisi. Dinding pada bahagian depan pemain dipanggil front wall, manakala dinding di bahagian belakang pemain dipanggil back wall dan dua dinding pada bahagian tepi dipanggil side wall.

Terdapat tiga garisan/tiga bahagian pada front wall. Garisan paling atas dipanggil out-court line, garisan tengah dipanggil service line dan garisan bahagian bawah sekali dipanggil tin.

Gambar: WA Squash

Garisan-garisan pada dinding dan lantai

Garisan out-court line ada di setiap sisi dinding dengan garisan mengecil ke bawah pada bahagian side wall sehingga ke back wall.

Jadi, bola skuasy yang menyentuh garisan out-court line atau melepasi garisan tersebut dianggap sebagai terkeluar. Begitu juga apabila bola menyentuh garisan tin atau ruang dibawahnya, ia dipanggil foul. Tin ini juga boleh dianggap seperti net dalam sukan raket lain.

Di atas gelanggang pula, terdapat garisan melintang dari side wall kiri ke side wall kanan yang dipanggil sebagai short lines. Kemudian ada satu garisan lagi yang bermula daripada tengah short lines hingga ke bahagian back wall yang dipanggi half-court line.

Kedua-dua garisan ini membentuk huruf T yang membahagikan ruang kepada dua bahagian. Setiap bahagian ada satu kotak yang dipanggil sebagai service box.

Bagaimana skuasy dimainkan & cara mata dikira

Permaian dimulakan dengan melambung duit syiling atau melakukan racket spin. Pemenang berhak untuk menentukan sama ada mahu menjadi pemula atau penerima servis.

Manakala pemain yang memulakan servis berhak memilih service box dimana dia mahu bermula.

Ketika memulakan servis, sekurang-kurangnya sebelah kaki pemain berada di dalam service box tanpa menyentuh garisan service box. Begitu juga kaki bagi pemain yang menerima servis.

Bola servis pula perlu mengenai back wall diantara service line dan out-court line. Seterusnya bola perlu melantun dan jatuh di kawasan half court lawan. Penerima servis pula mempunyai pilihan untuk membalas dengan voley sebelum bola jatuh dalam half-court.

Bola servis yang gagal melantun masuk dalam half-court lawan dianggap tidak sah dan lawan akan mendapat mata. Servis hanya bertukar tangan apabila pemula servis kehilangan mata. Selagi memenangi mata, pemula servis boleh bertukar-tukar servis box untuk memulakan servis setiap mata.

Apabila bola servis berjaya dibalas, rally akan berlangsung dan pemain perlu berbalas-balas memukul bola ke arah front wall. Ketika membalas hantaran, pemain tidak boleh membiarkan bola melantun di atas lantai lebih daripada dua kali.

Sekiranya bola melantun di atas lantai lebih daripada dua kali sebelum pemain dapat membalas hantaran, lawan akan mendapat mata.

Pemain boleh memukul bola ke arah side wall atau back wall (dibawah garisan out-court line) dan bola dibenarkan melantun dinding ke dinding, selagi mana bola tidak menyentuh lantai sebelum mengenai front wall.

Jika bola yang dibalas mengenai garisan Tin dan ruang dibawahnya serta terkeluar melepasi out-court line, lawan akan mendapat mata.

Pemain juga boleh kalah sesuatu rally sekiranya bola mengenai badan atau mana-mana bahagian baju sebelum mengenai raket.

Let, Not Let, Stroke

Sepanjang rally, kawalan pemain di bahagian T sangatlah penting. Selepas membalas pukulan, pemain perlu berada di kawasan ini dan pergerakan pemain mungkin boleh bertembung.

Walau bagaimanapun, sekiranya pergerakan pemain yang memukul bola mengganggu pergerakan pemain yang menerima bola, situasi penalti dan kehilangan mata boleh berlaku. Namun, ia diputuskan oleh pengadil.

Di dalam skuasy, terdapat jenis pertembungan yang disebut sebagai Let, Not Let dan Stroke.

Let adalah dimana rally terhenti akibat pertembungan pemain yang tidak disengajakan. Tiada pemain yang menerima atau terlepas mata dalam situasi ini dan rally dimulakan semula.

Not Let adalah situasi berlaku dimana pemain yang memukul bola dinilai oleh pengadil sudah berusaha sebaik mungkin untuk mengelak daripada berlaku pertembungan. Namun begitu, pemain yang menerima bola menghentikan rally kerana berpendapat pemain lawan hanya mengambil tindakan minima untuk mengelak.

Pemain yang memukul bola menerima mata dalam situasi Not Let.

Stroke pula situasi bertentangan dengan Not Let. Dalam situasi ini, pengadil menilai pemain yang memukul bola tidak mengambil langkah sepenuhnya untuk mengelak daripada berlaku pertembungan. Lawan akan diberikan mata.

Format mata untuk skuasy adalah 11 mata untuk satu permainan.

Begitulah serba sedikit mengenai sukan skuasy. Anda juga boleh tonton video dibawah untuk penerangan lanjut.

BACA: Dipercayai Sebab Cemburu, Suami Tikam Isteri Hingga Maut

Sumber: Olympic, Rule of Sport

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma