Siakap Keli
"brake disc berasap"
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Nak Turun Bukit Ada Caranya, Buat Ni Untuk Elak “Brake Disc” Kereta Berasap

Seperti yang diketahui, setiap kenderaan dapat bergerak pada kelajuan tertentu bergantung pada kuasa enjin yang dihasilkan.

Pun begitu, kadangkala sesebuah kenderaan seperti kereta bergerak pada kelajuan tinggi berisiko untuk hilang kawalan atau lebih teruk lagi terbabas.

Dengan kewujudan brek, ia mampu mengimbangi kelajuan kenderaan sekaligus mengurangkan risiko kemalangan di jalan raya lebih-lebih lagi sewaktu menuruni kawasan curam atau berbukit.

Bagi kenderaan beroda empat seperti kereta, kewujudan brake disc atau cakera brek sangat membantu kerana ia berfungsi untuk mengurangkan atau mengawal kelajuan (putaran roda) atau menghentikan kenderaan anda.

Meskipun ramai yang boleh memandu kenderaan dengan baik, namun segelintir pemandu kurang peka sehingga menyebabkan brake disc berasap akibat pemanduan yang tidak betul.

Kenapa perkara ini boleh berlaku dan apakah langkah yang boleh digunakan untuk mengelakkan brake disc anda berasap?

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Pakwee di akaun TikTok @pakwee_oe di bawah.

Kenapa Brake Pad Sampai Berasap?

tip guna brake disc
Gambar: TikTok @pakwee_oe

Menurut Pakwee, kebiasaannya isu brake disc berasap ini disebabkan kekerapan penggunaan brek sewaktu menuruni bukit yang curam.

Jadi apa nak buat agar ia tak berasap?

Sebenarnya, mudah sahaja, apa yang perlu dilakukan oleh para pemandu sewaktu menuruni bukit atau kawasan yang bercuram adalah menggunakan gear yang lebih rendah (low gear).

Macam Mana Nak Guna Gear Rendah? 

Bagi pengguna kereta auto, lihat pada kotak gear (gearbox) anda, dan tukar kepada gear rendah seperti D, 1, 2, D-3, L atau S.

Bagi pengguna kereta manual pula, anda juga boleh mengubah dari gear tinggi kepada rendah seperti gear 1,2 dan 3 bergantung keadaan kenderaan dan ketinggian bukit.

BACA JUGA: Kenapa Tak boleh Isi Penuh Tangki Air Kereta? Ini Sebabnya

Walau bagaimanapun, pemandu manual dinasihatkan untuk mengawal meter RPM untuk tidak terlalu tinggi kerana ia boleh memberi impak pada enjin kenderaan.

Kalau Brake Pad Dah Berasap Nak Buat Apa?

Tambah Pakwee, dia menasihatkan kepada pengguna untuk tidak mencurahkan air pada tayar atau brake disc ketika masih mengeluarkan asap. Hal ini kerana ia boleh mengundang kepada brake disc anda bengkok atau retak.

Semoga bermanfaat.

@pakwee_oe

Brake disc terbakar😱😱😱 #pakwee #dtinzautodetailing #utkkomeajerr #fypmalaysia #fyp #fypmalaysia🇲🇾 #tips #tipskereta #tipscar #perak #discbrake #brake #brakedisc

♬ original sound – PakWee@DTinz_BatuGajah – PakWee@DTinz_BatuGajah

Sumber: TikTok @pakwee_oe

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?