Siakap Keli
tahap bacaan ipu
Gambar: Bernama

Ketahui Jenis Tahap Bacaan IPU & Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

Ketahui Jenis Tahap Bacaan IPU & Langkah Penjagaan Kesihatan Ketika Jerebu

Dalam dua tiga hari ini, jarak penglihatan kita seperti sedikit terhad seperti seolah-olah ada debu di ruang udara lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

Semalam, beberapa kawasan di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat merangkumi sembilan negeri disebabkan oleh jerebu, lapor Bernama.

Umumnya, jerebu adalah keadaan di mana kualiti udara yang tidak baik dengan kehadiran partikel (opalescent) di atmosfera yang akan mengurangkan jarak penglihatan.

Perkara ini disebabkan oleh percampuran kosentrasi bahan pencemar udara yang tinggi dilepaskan merata-rata dan menyerap sinaran matahari di atmosfera.

Antara bahan pencemar utama yang sering menyebabkan jerebu termasuklah bahan partikel yang berukuran kurang dari 10 milimeter/m3 diameter, ozon, gas karbon monoksida, gas nitrogen dioksida dan sulfur dioksida.

Maksud IPU?

maksud ipu
Gambar: Bernama

Jadi bagaimana status kualiti udara dapat dikenal pasti? Caranya adalah melalui tahap bacaan IPU atau Indeks Pencemaran Udara.

Menurut portal myhealth dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), IPU ialah indeks yang dibentuk berdasarkan lima bahan pencemar udara di atas.  Ia bagi menunjukkan status kualiti udara dan hubungan kepada kesihatan dalam pemahaman yang mudah untuk tindakan seterusnya.

BACA JUGA: Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Meningkat Kepada 16 

Berikut adalah julat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU);

Baik (0 hingga 50)

Pada IPU ini, tahap pencemaran adalah rendah dan tidak membahayakan kesihatan umum.

Oleh itu, tiada sekatan aktiviti untuk semua golongan. Tetapi orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat.

Sederhana (50 hingga 100)

Pada tahap IPU sederhana pula, lazimnya ia tidak membahayakan kesihatan umum.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan supaya mengamalkan cara hidup sihat meskipun tiada sekatan aktiviti terhadap semua golongan.

Tidak Sihat (101 hingga 200)

tahap bacaan ipu
Gambar: Bernama

Bermula skala ini, tahap pencemaran boleh menjejaskan kesihatan golongan berisiko tinggi.

Sehubungan itu, golongan berisiko tinggi dinasihatkan supaya mengehadkan aktiviti di luar rumah. Ketika berada di luar rumah, mereka dinasihatkan untuk memakai alat pelindung pernafasan (mask).

Manakala orang ramai dinasihatkan mengurangkan aktiviti-aktiviti yang lasak di luar rumah.

Sangat Tidak Sihat (201 hingga 300)

Tahap pencemaran tinggi menjejaskan kesihatan orang ramai dan boleh memburukkan gejala yang dialami oleh mereka yang berisiko.

Sebagai langkah pencegahan, orang ramai dinasihatkan untuk mengelak daripada melakukan aktiviti lasak di luar rumah dan memakai  alat pelindung pernafasan (mask) ketika berada di luar rumah.

BACA JUGA: Netizen ‘Banjir’ Air Mata, Nampak Satu Keluarga Jalan Kaki Hantar Anak Masuk Universiti

Manakala golongan berisiko tinggi digesa supaya berada di dalam rumah atau bangunan dan mengurangkan aktiviti fizikal dan memakai face mask ketika berada di luar rumah.

tahap bacaan ipu
Gambar: Bernama

Sekiranya mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya sentiasa meminum banyak air, kerap membasuh muka dan bahagian-bahagian yang terdedah kepada jerebu.

Berbahaya (301 ke atas)

Pada julat ini, tahap pencemaran dikategorikan sebagai pencemaran yang sangat tinggi dan membahayakan kesihatan.

Oleh itu, golongan berisiko tinggi digesa dan sebaik-baiknya berada di dalam rumah atau bangunan.

Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih dan memakai pelitup muka sewaktu di luar rumah.

Gambar: Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS)

Kod Warna Tahap Indeks

Selain itu, menurut Hello Doktor, setiap julat tahap bacaan IPU juga dilabelkan mengikut kod warna. Ia bagi memberikan amaran kepada orang ramai agar dapat lebih membezakan tahap kualiti udara.

Warna Biru Muda – Untuk bacaan IPU Baik (0 hingga 50)

Warna Hijau – Untuk bacaan IPU Sederhana (51 hingga 100)

Warna Kuning  – Untuk bacaan IPU Tidak Sihat (101 hingga 200)

Warna Jingga – Untuk bacaan IPU Sangat Tidak Sihat (201 hingga 300)

Warna Merah  – Untuk bacaan IPU Bahaya (301 ke atas)

tahap bacaan ipu
Gambar: Hello Doktor

Golongan Berisiko

Dari tadi asyik cakap pasal golongan berisiko ni, siapa golongan ini?

Antara golongan yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi termasuklah kanak-kanak, orang tua, wanita mengandung, pesakit  jantung dan respiratori serta mereka yang sentiasa bekerja di luar pejabat atau rumah.

Gambar: Bernama

Kesan-Kesan Jerebu Pada Kesihatan 

Sekiranya anda sering terdedah dengan jerebu secara berterusan berkemungkinan akan mengalami gejala ini;

Antaranya terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk, sukar untuk bernafas atau sesak nafas, mata, terasa pedih dan berair, hidung berair dan kerap bersin, kulit badan terasa gatal-gatal dan terasa sakit dada.

Jika anda mempunyai tanda-tanda atau gejala seperti berikut dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan dan nasihat daripada doktor di klinik berhampiran.

Sehubungan itu, ketika keadaan berterusan melanda, sama-samalah kita menjaga kesihatan diri.

Sebolehnya kurangkan aktiviti luar dan memakai pelitup muka khususnya golongan berisiko.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (1), (2) Myhealth, Hello Doktor

Iqbal Yasir

Tengah stalk gambar sebelah ke tu?