Siakap Keli
Malaysia Di Tangga Ke-55 Dunia, Kedua Asia Tenggara Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia
Kredit: Bernama

Malaysia Di Tangga Ke-55 Dunia, Kedua Asia Tenggara Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia

Malaysia Di Tangga Ke-55 Dunia, Kedua Asia Tenggara Dalam Laporan Kebahagiaan Dunia

Malaysia disenaraikan di tangga kedua negara paling bahagia di Asia Tenggara, di belakang Singapura dalam Laporan Kebahagiaan Dunia 2023 yang dikeluarkan baru-baru ini.

Malaysia memperoleh sebanyak 6.012 mata untuk mengisi kedudukan ke-55 global, manakala Singapura pula mengumpul skor 6.587 untuk berada di tangga ke-25.

Menurut laporan berkenaan, kedudukan Malaysia itu bagaimanapun diukur berdasarkan data tinjaun yang dibuat pada 2020 dan 2021, memandangkan tiada tinjauan yang dibuat pada 2022.

Tiga kedudukan teratas laporan berkenaan diisi oleh tiga buah negara Nordik iaitu Finland, Denmark dan Iceland. Manakala tiga kedudukan tercorot pula terdiri daripada Sierra Leone, Lebanon dan Afghanistan.

Malaysia negara kedua Asia Tenggara dalam Laporan Kebahagiaan Dunia

Menariknya, ini merupakan tahun keenam berturut-turut Finland menjadi negara paling bahagia di dunia. Tahun ini, negara itu mencatatkan skor sebanyak 7.804 mata. Bukan itu sahaja, rata-rata negara Nordik dan Scandinavia yang lain juga mencatatkan skor tertinggi dalam kesemua kriteria yang ditetapkan.

Di Asia Tenggara, selain Singapura dan Malaysia yang berada di tangga pertama dan kedua, posisi ketiga pula diisi oleh Thailand. Negara itu mengumpul sebanyak 5.843 mata untuk berada di tangga ke-60 global.

Singapura juga kekal sebagai negara Asia paling bahagia, diikuti oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Taiwan.

UAE dan Taiwan berada di kedudukan 26 dan 27 global. Masing-masing mengumpul skor sebanyak 6.571 dan 6.535 mata.

Secara keseluruhan, terdapat 155 buah negara yang terlibat dalam laporan berkenaan.

Tahap kebahagiaan sesebuah negara itu diukur berdasarkan enam kriteria iaitu berdasarkan Keluaran dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita, sokongan sosial dan jangka hayat yang sihat.

Tiga lagi cabang yang dinilai adalah kebebasan untuk membuat pilihan hidup, kemurahan hati dan persepsi terhadap korupsi.

Selain itu, faktor lain seperti pandemik yang melanda dunia dalam tempoh berkenaan juga menyaksikan orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melakukan refleksi terhadapa masa depan mereka.

BACA: Rasmi Bermula Hari Ini, Boleh Bayar Di 11 Tol Ini Guna Kad Debit & Kredit

Sumber: World Happiness Report

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Everyone has their own perspective, there’s nothing strange about that - Thoma

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.