Siakap Keli

Ramai Kagum Tengok Sherry Al-Hadad Buat ‘Street Dance’, Sekali Ada Yang Ungkit Cerita Lama

Siapa yang tak kenal dengan pengacara terkemuka tanah air, Sherry Alhadad yang sering membuat penampilan di dalam program-program realiti yang besar. Apa yang menariknya tentang Sherry kali ini adalah bila ramai yang kagum tengok Sherry boleh lakukan ‘Street Dance’. Dalam satu video yang dikongsikan di laman Facebook, Sherry dilihat lincah menggayakan pelbagai aksi dengan iringan muzik HipHop.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengekspresikan rasa suka dan kagum terhadap kelibat pengacara yang sentiasa membuat penonton tidak kering gusi. Namun, ada satu komen yang menarik perhatian di mana telah ‘mengungkit’ cerita lama tentang Sherry.

Tapi jangan salah faham, ungkitan tersebut bukanlah berbentuk negatif, tapi lebih kepada teringatkan gelaran yang disandang oleh Sherry dahulu iaitu ‘Mama Hiphop’. 

Reaksi dan aksi Sherry boleh dilihat menerusi video ‘Sherry Dance’ di bawah.

@astrogempak

Sherry tak nak kalah! Sherry kena fight! #Astroshowcase2023 #AstroBaharu #takmacamdulu #battlegroundmalaysia

♬ original sound – Gempak – Gempak

Sherry buat apa dalam program ‘street dance’?

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa yang Sherry buat kat program ‘street dance’ ni? Jadi peserta ke apa? Sebenarnya Sherry Alhadad adalah hos bagi sebuah rancangan baru iaitu rancangan pertandingan sukan street dance yang diberi nama Battleground Malaysia: Road to Gold (#BTGMY). Dengar nama program pun dah menarik, apatah lagi dihoskan oleh Sherry Alhadad pastinya program ini mendapat perhatian rakyat Malaysia. Tapi apa sebenarnya konsep program ni?

Battleground Malaysia: Road to Gold 

Battleground Malaysia: Road to Gold merupakan sebuah rancangan yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Beli dan Sukan dan diperkasakan oleh Rakan Muda serta mendapat jenama gaya hidup iaitu Rakan Ekspresi dan Rakan Muzik. Rancangan berkonsepkan program pertandingan realiti ini akan ditayangkan melalui saluran Astro dan Sherry merupakan hos utama.

Menurut YBM Hannah Yeoh, program ini diharapkan dapat menjadi platform untuk mencungkil serta mengembangkan bakat belia di Malaysia di samping memberi peluang mendapat pendedahan dan latihan dari mentor yang profesional dan berkaliber. Beliau juga berharap agar belia-belia ini dapat bersinar di pentas dunia nanti.

sherry street dance

Bertepatan seperti yang diperkatakan oleh YBM Hannah Yeoh, objektif program ini adalah untuk menyediakan rancangan realiti televisyen berbentuk pertandingan tarian jalanan (street dance) yang memberi peluang penyertaan dan serlahkan bakat anak muda di seluruh negara. Selain itu, program ini juga dapat memaksimakan program KBS di pelbagai platform yang menggabungkan elemen sukan, tarian dan hiburan di samping menyemarakkan sokongan rakyat Malaysia terhadap kempen emas pertama negara dalam bidang ini.

Program ini juga mengangkat matlamat untuk membawa Kempen Road To Gold melalui penyertaan Malaysia dalam Temasya Sukan Olimpik Paris ke XXIII pada 2024 nanti. Bermodalkan mesej sokongan seluruh rakyat Malaysia dalam misi emas pertama negara, program ini diharapkan membuahkan hasil.

Selain itu, program ini boleh menjadi rancangan tontonan bersama ahli keluarga untuk sama-sama menzahirkan sokongan kepada peserta yang bertanding dan seterusnya mengeratkan hubungan sesama ahli keluarga. Bukan itu sahaja, semangat perpaduan rakyat Malaysia juga dapat dipupuk melalui tontonan rancangan ini secara bersama. Perkara ini kerana konsep pertandingan ini menekankan syarat penyertaan di mana peserta perlu disertai daripada pelbagai kaum dan mewakili pelbagai negeri.

Seperti yang diperkatakan tadi, program ini akan dihoskan oleh Sherry Alhadad, tapi jangan tak tahu yang rancangan ini akan dihoskan dalam tiga bahasa iaitu oleh hos utama Sherry diikuti oleh Dennis Yin dan Saint TFC. Tidak lupa artis terkenal tanahair, Zizan Razak juga terlibat dalam rancangan ini sebagai salah seorang juri.

sherry street dance

Uniknya dalam pertandingan ini, ada empat orang kapten tarian terkemuka yang perlu memilih 10 kru berdasarkan kebolehan masing-masing. Kru yang menjadi juara akan membawa pulang hadiah sebanyak RM100,000, kedua pula RM30,000 dan peserta di dalam kru menjadi juara akan bersaing untuk memenangi hadiah tambahan RM25,0000.

Peranan KBS Dalam Pembangunan Sukan Negara

Melihat kepada konsep dan keseluruhan program ini, jelaslah bahawa KBS sangat menitikberatkan pembangunan sukan di negara ini. Bukan hanya memberi penekanan terhadap esport sahaja, tapi turut merangkumi semua sukan. Setakat ini, KBS telah membuat 22 pembaharuan dalam tempoh 9 bulan. Antaranya memberi nafas baharu kepada Rakan Muda yang pasti ramai merindui zaman kegemilangannya.

Begitu juga dengan program BTGMY ini, KBS sentiasa komited memastikan rancangan ini terus berjalan lancar dan dapat memenuhi matlamat dan objektifnya. Jadi, tak kan tak mahu sokong rancangan menarik seperti ini kan.

sherry street dance

Jom saksikan BTGMY di pelbagai siaran iaitu Astro Ria (104), Vinmeen (202) dan SHowcase (413) pada setiap Jumaat pada jam 10 malam mulai 29 September. Bagi yang terlepas, korang boleh menonton di Astro AEC (306) setiap Sabtu pada jam 11 malam mulai 30 September.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa