Masyarakat zaman sekarang ini memang tidak dapat dinafikan ada yang terlalu sibuk dengan urusan masing-masing, sehingga kadang-kala jiran rumah sebelah pun kita tidak kenal, kan?
Bukan kerana kita ini tidak mesra orangnya, cuma lebih kepada tiada masa. Ramai daripada kita terpaksa buat lebih daripada satu kerja untuk menambah pendapatan, sekaligus ruang & kesempatan untuk beramah mesra dengan jiran tetangga itu menjadi kecil.
Jadi, bukan aneh sangat jika selepas bertahun-tahun kita hidup dalam kawasan kejiranan yang besar, kita cuma kenal satu dua nama sahaja.
Namun, pernahkah kita terfikir apa yang akan berlaku sekiranya suatu hari nanti masyarakat benar-benar tidak lagi mengenali atau mengambil peduli tentang jiran di sekeliling? Tepuk dada dan tanya diri sendiri jawapannya.
Hakikatnya, sebuah komuniti yang baik bukan sekadar terbina kerana tinggal dalam kawasan yang sama, tetapi lahir daripada hubungan yang erat, sikap saling mengambil berat dan kesediaan untuk bertanya khabar antara satu sama lain.
Menyedari kepentingan hubungan kejiranan ini, Lotus’s mengetengahkan inisiatif #KitakanJiran sebagai komitmen untuk menjadi lebih daripada sekadar sebuah pasar raya.
Melalui pendekatan ini, Lotus’s mahu menekankan bahawa kehadirannya dalam sesebuah kawasan kejiranan turut hadir bersama tanggungjawab untuk mengambil berat dan menyumbang kepada kesejahteraan komuniti sekeliling.
#KitakanJiran Komitmen Jangka Panjang Lotus’s Kepada Komuniti
Bagi Lotus’s, hubungan dengan masyarakat tidak seharusnya terhenti setakat urusan jual beli.
Sebagai sebuah peruncit yang menjadi sebahagian daripada kehidupan harian rakyat Malaysia, kehadirannya dalam sesebuah kawasan turut membawa tanggungjawab untuk menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan komuniti setempat.
Atas dasar itu, #KitakanJiran bukan sekadar kempen bermusim, tetapi dirancang menjadi komitmen berterusan Lotus’s untuk membina hubungan yang lebih bermakna dengan masyarakat, khususnya menerusi empat teras utama iaitu:
Sokong Generasi Muda Melalui Pendidikan
Pendidikan merupakan antara aspek penting dan menjadi teras di bawah inisiatif #KitakanJiran.
Teras ini memberi perhatian kepada usaha memperkasakan generasi muda, khususnya pelajar daripada komuniti yang memerlukan sokongan.
Bagi merealisasikan usaha tersebut, Lotus’s menjalinkan kerjasama dengan Yayasan PINTAR (PINTAR Foundation) serta rangkaian sekolah angkatnya bagi menyediakan peluang pembelajaran yang lebih bermakna kepada pelajar.

Sebanyak RM400,000 hasil kutipan Lotus’s Ceria Charity Run 2024 telah disalurkan pada 2025 kepada program Lotus’s-PINTAR SMART Up School Programme.
Hasilnya, lebih 6,400 pelajar berusia antara 10 hingga 15 tahun di 40 sekolah angkat Lotus’s di seluruh negara menerima manfaat dari program ini.
Antara inisiatif lain adalah Smart Shopper Plus yang berjaya memberi pendedahan kepada 2,394 pelajar daripada 21 sekolah di tujuh negeri tentang pengurusan kewangan dan kepenggunaan.

Melalui program ini, pelajar turut mempelajari kemahiran praktikal seperti membezakan keperluan dan kehendak, merancang bajet, membandingkan harga serta membuat keputusan perbelanjaan dengan lebih bijak.
Larian Amal Yang Memberi Impak Besar Kepada Masyarakat
Selain itu, Lotus’s turut menganjurkan Lotus’s Ceria Charity Run yang menjadi platform yang menyatukan pelanggan, kakitangan dan rakan perniagaan untuk mengamalkan gaya hidup sihat sambil menyumbang kepada komuniti.
Pada 2026, acara ini berjaya menghimpunkan 5,000 peserta dan 270 jenama serta mengumpul dana sebanyak RM500,000 bagi menyokong program pendidikan untuk pelajar di sekolah angkat Lotus’s.

Dana yang dikumpul disalurkan kepada program pendidikan yang membantu pelajar memperoleh ilmu praktikal dan kemahiran hidup, sekali gus memastikan manfaatnya berterusan walaupun acara larian telah berakhir.
Kurangkan Pembaziran Makanan, Bantu Keluarga Yang Memerlukan
Seterusnya, semangat #KitakanJiran turut diterjemahkan dalam isu yang dekat dengan kehidupan seharian kita, iaitu pembaziran makanan.
Bekerjasama dengan Food Aid Foundation dan Kechara Soup Kitchen, makanan yang masih selamat dimakan daripada kedai Lotus’s dialihkan daripada menjadi sisa di tapak pelupusan kepada komuniti yang memerlukan.

Melalui inisiatif ini, isu ketidakcukupan makanan sedikit sebanyak dapat ditangani dan dalam masa yang sama pembaziran makanan turut dikurangkan.
Untuk pengetahuan pembaca, sejak 2016 sebanyak 2.4 juta kilogram makanan boleh dimakan berjaya dialihkan, sekaligus memberi manfaat kepada lebih 120,000 keluarga.
Angka diatas menunjukkan program tersebut bukan inisiatif sekali-sekala, sebaliknya telah dijalankan secara konsisten selama bertahun-tahun.
Ia juga menjadi buktii kukuh bahawa #KitakanJiran bukan sekadar slogan, tetapi ada impak yang benar-benar dapat dirasi komuniti.
Hadir & Sentiasa Ada Bila Komuniti Perlukan Bantuan
Menerusi kempen #KitakanJiran, Lotus’s juga ingin berkongsi mesej bahawa komuniti yang baik itu bukan sahaja ada ketika waktu senang, tetapi juga hadir ketika jiran sedang berdepan dengan kesusahan.
Semasa pandemik, Lotus’s mengagihkan sebanyak 7,400 Kotak Prihatin kepada mereka yang terkesan.
Bantuan yang disampaikan memberi manfaat kepada keluarga B40, gelandangan, rumah kebajikan dan golongan lain yang memerlukan.
Lebih menarik, usaha tersebut sebenarnya tidak terhenti selepas pandemik berakhir, tetapi terus diperluas menerusi #KitakanJiran Prihatin Fund sekaligus memastikan sokongan berterusan kepada komuniti memerlukan.
Komitmen yang sama diteruskan dalam misi bantuan banjir menerusi Misi Bantuan Banjir Lotus’s 2025 ketika banjir melanda negeri pantai timur, khususnya di Kelantan.

Menerusi misi berkenaan, Lotus’s mengagihkan barang keperluan seperti beras dan air mineral yang keseluruhan bernilai RM12,000 kepada mangsa-mangsa banjir yang memerlukan.
Selain itu, Lotus’s turut menggerakkan aktiviti sukarelawan Semuanya Ekstra Ongsem, membuka ruang kepada warga kerja dan masyarakat untuk sama-sama turun padang membantu.

Daripada pandemik hingga banjir, kehadiran Lotus’s menunjukkan bahawa semangat #KitakanJiran bukan sekadar laungan dimulut atau kempen di media sosial, tetapi dibuktikan melalui tindakan yang memberi manfaat kepada komuniti setempat.
Kesimpulannya, kempen #KitakanJiran mengajar kita bawah satu-satu komuniti itu menjadi tidak semata-mata kerana kita tinggal berdekatan, tetapi kerana kita saling ambil tahu, membantu dan menjaga antara satu sama lain.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelbagai inisiatif #KitakanJiran oleh Lotus’s Malaysia, layari saluran rasmi Lotus’s seperti laman web, Facebook, Instagram dan TikTok.

